Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Google, Sundar Pichai, 46, kini bukan sahaja menggalas tanggungjawab besar di syarikat terkemuka dunia itu, malah diberi mandat untuk memimpin syarikat induk, Alphabet Inc hari ini.
Ia berikutan pengasas bersama Google, Larry Page dan Sergey Brin mengumumkan peletakan jawatan di syarikat induk tersebut dan menyerahkan tugas tersebut kepada Pichai.
Kedua-duanya akan meninggalkan peranan masing-masing sebagai CEO Alphabet dan presiden namun akan kekal dalam lembaga pengarah, pemegang saham serta pengasas bersama syarikat itu.
"Alphabet dan Google tidak lagi memerlukan dua CEO dan seorang Presiden," kata mereka (Page dan Brin) menerusi satu laporan portal antarabangsa.
Sehubungan itu, Page dan Brin dalam satu kenyataan kepada kakitangannya memaklumkan, Pichai, dilihat menjadi individu yang paling layak untuk menjadi CEO kepada Google dan Alphabet pada masa depan.
Alphabet yang ditubuhkan pada 2015 memberikan identiti berasingan kepada Google dan projek baharu seperti unit kereta pemanduan sendiri, Waymo dan syarikat bandar pintar, Sidewalk Labs.
Penubuhan syarikat induk terbabit bertujuan untuk menjadikan aktiviti syarikat gergasi tersebut menjadi 'lebih bersih dan bertanggungjawab' selepas enjin carian internet itu berkembang secara meluas di seluruh dunia.
Sebelum ini, Pichai pernah mengambil alih jawatan semasa ketiadaan Page dan Brin, ketika syarikat itu berdepan pelbagai kontroversi berikutan kedudukannya yang dominan dalam dunia teknologi.
“Google adalah majoriti terbesar Alphabet dari segi pendapatan, keuntungan dan segala-galanya, jadi mengapa tidak meletakkan individu yang menjalankan tugas hebat untuk menguruskan keseluruhan syarikat?” kata Ketua Penganalisis Technalysis Research, Bob O’Donnell.
Pichai mengisi kekosongan ketika syarikat itu berdepan siasatan antilambakan dan kontroversi berhubung amalan data di Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara lain.
Syarikat itu juga berdepan tuduhan gagal menangani gangguan seksual di tempat kerja.
Pichai akan mempunyai peranan baharu apabila berdepan tuduhan daripada Presiden Donald Trump bahawa syarikat itu ‘berat sebelah’ dalam carian internet, selain tuduhan Amnesty International bahawa model perniagaan Alphabet menyebabkan hak asasi manusia dilanggar kerana membolehkan pengguna dipantau.
Berbalik pada 2014, Pichai telah dilantik oleh Page, untuk bertanggungjawab ke atas produk-produk utama syarikat tersebut.
Langkah ini memberi Sundar Pichai kawalan ke atas produk perkhidmatan utama oleh Google termasuk carian dan unit teras pengiklanan yang menjana sebahagian besar daripada pendapatan syarikat.
Astro Awani
Wed Dec 04 2019
Sebelum ini, Pichai pernah mengambil alih jawatan semasa ketiadaan Page dan Brin, ketika syarikat itu berdepan pelbagai kontroversi berikutan kedudukannya yang dominan dalam dunia teknologi. - Foto AP.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.
Sundar Pichai kini turut memegang jawatan CEO Alphabet
Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin mengumumkan perletakan jawatan di induk tersebut dan menyerahkan tugas tersebut kepada Pichai
GM umum kereta pandu sendiri tanpa stereng, pedal pada 2019
GM berkata model kereta itu adalah generasi ke-empat dari rangkaian kereta eletrik, pandu sendiri Chevy Bolts yang kini sedang diuji atas jalan raya San Fransisco dan Phoenix.