KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini, dengan pendaftaran untuk bursa itu dijadualkan pada suku pertama 2025, kata pengerusinya Datuk Seri Awang Adek Hussin.
Bursa Sosial adalah platform pengumpulan dana khusus untuk projek dengan hasil sosial yang positif, menerusi penggemblengan modal swasta dan dermawan dalam menangani keperluan golongan yang kurang bernasib baik.
Awang Adek berkata SC akan menubuhkan jawatankuasa penasihat untuk mempercepatkan pelaksanaan bursa sosial itu dengan tadbir urus dan jaminan yang wajar dalam rangka kerja tersebut.
"Ini (rangka kerja itu) adalah untuk menggalakkan pengumpulan dana dan yang lebih penting bagi memastikan dana yang dikumpul dalam bursa itu akan digunakan dengan betul untuk tujuan yang dimaksudkan," katanya pada sidang media di luar Forum Global Ekonomi Islam dan Kewangan (GFIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua inisiatif berkaitan pasaran modal di GFIEF - penubuhan Bursa Sosial pertama Malaysia dan pengenalan pengumpulan dana untuk pembangunan wakaf melalui platform pembiayaan setara (P2P) dan pendanaan awam ekuiti (ECF).
Menurut Awang Adek, jawatankuasa penasihat bagi penubuhan Bursa Sosial itu akan dipengerusikan oleh SC, dengan penyertaan wakil daripada Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia Bhd serta pihak lain yang berkaitan.
"Salah satu negara yang benar-benar melakukan ini (Bursa Sosial) adalah India, dan ia dilaksanakan di bursa saham mereka, jadi kita perlu mengkaji sama ada ia boleh dikendalikan oleh Bursa Malaysia di sini, tetapi itu akan ditentukan nanti, bagaimana kita mahu melaksanakannya.
"Salah satu objektif jawatankuasa penasihat ialah apabila orang tahu bahawa kita sudah mempunyai rangka kerja yang boleh dipercayai, maka lebih ramai orang akan datang untuk menyumbang," katanya sambil menambah SC juga telah mengkaji mekanisme pelaksanaan Bursa Sosial di India.
Menjelas lebih lanjut, beliau berkata antara bidang tumpuan utama projek yang layak di bawah Bursa Sosial akan merangkumi pelbagai tema yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk kebajikan sosial, pendidikan berkualiti, pembinaan kapasiti dan kesihatan yang baik.
Selain itu ia juga akan merangkumi projek berkaitan wakaf dan projek kelestarian serta pemuliharaan alam sekitar.
Awang Adek turut menekankan bahawa bursa itu akan memberi manfaat, antara lain, kepada entiti seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial atau majlis agama Islam untuk membiayai projek mereka yang mempunyai hasil sosial positif.
Sementara itu, semasa ucapannya di GFIEF, Awang Adek turut mengumumkan bahawa SC sedang melaksanakan langkah konkrit untuk menyokong agenda kemampanan nasional dan mengukuhkan Malaysia sebagai hab Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) serantau.
"Penapisan Syariah SRI untuk syarikat senaraian awam (PLC) akan diperkenalkan hujung tahun ini.
"Usaha ini diharap akan dapat mengukuhkan ekosistem kawal selia bagi kemampanan, memudahkan peralihan yang adil, dan meningkatkan lagi penjajaran antara Syariah dan kemampanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Awang Adek bercakap pada sidang media di luar Forum Global Ekonomi Islam dan Kewangan (GFIEF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.- Foto Bernama
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.