awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat

Bernama
Bernama
04/02/2025
10:45 MYT
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Syaiful Rizal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus Besar YBR dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict.- Foto Yayasan Bank Rakyat
KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Jabatan Komunikasi Korporat YBR dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Syaiful Rizal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus Besar YBR dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict serta dipersetujui Lembaga Pemegang Amanah YBR.
"Lembaga Pemegang Amanah YBR meletakkan kepercayaan kepada Syaiful Rizal dalam menerajui organisasi ini dengan beliau mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan aktiviti pendidikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Perubahan pucuk pimpinan YBR adalah sebahagian daripada strategi penyusunan semula dalaman organisasi untuk mempertingkatkan lagi prestasi, kecekapan dan integriti," menurut kenyataan itu.
Selain itu, YBR turut disenaraikan sebagai antara tujuh yayasan yang memperoleh markah penuh bagi setiap penilaian ketelusan yang telah dijalankan melibatkan lebih 1,600 yayasan di seluruh negara oleh WIKI Impact pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yayasan Bank Rakyat
#Syaiful Rizal Abdul Ghani
#Ketua Pegawai Eksekutif
#pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan