BISNES
Syarikat berpangkalan di Singapura labur lebih S$5.5 bilion di Johor sejak MoU JS-SEZ
Gan berkata JS-SEZ telah mencapai kemajuan yang baik bersama Johor, yang telah menetapkan sembilan zon utama serta memperkenalkan pakej insentif cukai yang menarik. - Bernama
SINGAPURA: Syarikat berpangkalan di Singapura melabur lebih S$5.5 bilion (S$1 = RM3.25) di Johor sejak pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri republik itu Gan Kim Yong.
Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan berkata Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama rapat bagi merealisasikan potensi sepenuhnya JS-SEZ.
"Kami mengharapkan lebih banyak pelaburan pada bulan-bulan akan datang," katanya dalam ucaptama di Forum Pelaburan Bersama JS-SEZ Kedua di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands di sini, hari ini.
Gan menggariskan tiga keutamaan untuk memperkukuh lagi JS-SEZ: melaksanakan projek utama sebagai pemangkin, memudahkan urusan perniagaan dan memastikan pertumbuhan inklusif, khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta para pekerjanya.
Beliau berkata usaha perlu diteruskan untuk menjadikan JS-SEZ lebih mesra perniagaan dan bersedia menghadapi masa hadapan dengan memperkemas proses kawal selia, membolehkan perniagaan bergerak dengan lebih pantas, menambah baik kemudahan aliran rentas sempadan barangan dan golongan profesional, serta memperkukuh pembangunan kemahiran dan bakat dalam meningkatkan kualiti modal insan.
Gan berkata JS-SEZ telah mencapai kemajuan yang baik bersama Johor, yang telah menetapkan sembilan zon utama serta memperkenalkan pakej insentif cukai yang menarik, selain menubuhkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) bagi membantu para pelabur.
Selain itu, Singapura juga menubuhkan Pejabat Projek Bersama JS-SEZ yang merangkumi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) dan EnterpriseSG bagi melicinkan proses kawal selia dan membantu syarikat menempatkan operasi mereka di kedua-dua pihak.
Sementara itu, Gan berkata ketika perdagangan global semakin perlahan dan tekanan melindungi ekonomi semakin meningkat, JS-SEZ menjadi contoh jelas tentang apa yang boleh dicapai oleh negara apabila mereka memilih untuk bekerjasama berbanding bersaing dan berkongsi berbanding melindungi.
Beliau berkata bagi Singapura dan Malaysia, JS-SEZ mewakili pembentukan sebuah komuniti perniagaan yang saling berhubung yang dapat berkembang bersama dan bersaing dengan lebih berkesan dalam ekonomi global yang sedang berubah.
"Secara bersama, kita sedang membina ekosistem rentas sempadan yang menyokong pertumbuhan perusahaan, inovasi dan penciptaan peluang pekerjaan yang berkualiti di kedua-dua belah belah pihak," katanya.
Gan berkata kerjasama itu kini mula direalisasikan hari ini apabila Archisen, sebuah syarikat agroteknologi yang berpangkalan di Singapura menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Southern Catalyst bagi membangunkan hab pertanian moden seluas 80.94 hektar di Sedenak, Johor.
"Projek ini akan menggunakan teknologi pertanian dalam bangunan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan melalui usaha itu, ia menyumbang kepada sekuriti makanan serta pembangunan agroteknologi di rantau ini," katanya.
Syarikat lain seperti ResMed - firma teknologi perubatan berpangkalan di Amerika Syarikat dan Australia - juga beroperasi di kedua-dua belah Tambak.
Forum sehari itu yang dianjurkan bersama oleh Singapura dan Malaysia, turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
-- BERNAMA