LOS ANGELES: Syarikat-syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yakin bahawa Malaysia masih lagi merupakan destinasi pelaburan yang menarik, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Mereka melihat potensi Malaysia untuk terus maju dalam ekonomi digital dan bersedia membantu Malaysia perkukuhkan daya saing di peringkat antarabangsa," katanya.
Azmin berkata demikian kepada pemberita Bernama dan TV3 baru-baru ini selepas menamatkan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) di AS yang berlangsung selama 10 hari, bermula 9 hingga 18 Mei.
"TIM ke AS amat berjaya, kami bukan sahaja dapat mengadakan perbincangan dan mengetengahkan dasar-dasar kerajaan kepada pihak pentadbiran AS, tetapi juga dapat mengadakan rundingan dan perbincangan dengan syarikat-syarikat utama yang berpangkalan di AS," katanya.
Selain itu, beliau menambah Malaysia dapat melihat komitmen pihak AS bukan sahaja mereka hendak membawa pelaburan ke dalam negara, tetapi turut bersetuju dan komited untuk membina rantaian bekalan yang lebih luas dan kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.
"Mereka juga bersedia membina ekosistem dan memindahkan teknologi dan kepakaran kepada syarikat tempatan. Ini pasti akan memberikan ruang dan peluang yang cukup besar kepada Malaysia untuk menembusi pasaran global dan meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa," ujar beliau.
Semasa misi perdagangan dan pelaburan itu, Azmin telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perdagangan AS Gina M Raimondo dan Duta Wakil Perdagangan AS Katherine Tai di Washington DC.
Satu Memorandum Kerjasama (MoM) bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan telah ditandatangani antara Azmin dan Raimondo pada Mei 10.
Menurut Azmin, Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari AS melalui misi perdagangan dan pelaburan berkenaan.
Antara syarikat gergasi yang dikunjungi Azmin termasuk Starlink, penyedia internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan kependaman rendah yang dikendalikan oleh syarikat aeroangkasa Elon Musk, SpaceX; , Amazon Web Services Inc (AWS); dan Microsoft Corporation.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Menurut Azmin, Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari AS melalui misi perdagangan dan pelaburan berkenaan. - Bernama

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...

Heterokromia, kondisi perubatan unik dialami satu peratus populasi dunia
Warna anak mata atau iris, seperti juga warna kulit dan rambut, dipengaruhi oleh kadar kandungan melanin.

AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan kesuraman data AS
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.44 mata kepada 1,445.30 daripada 1,454.74 pada Selasa.

42 migran ditemui maut dalam lori
Sekurang-kurangnya 42 dipercayai pendatang telah ditemui mati dalam sebuah lori di pinggir San Antonio, Texas.

Kartel: LKIM lantik syarikat untuk beli ikan bagi simpanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam proses menyiapkan tender untuk melantik syarikat membekalkan ikan untuk stok sejuk beku.

Djokovic mungkin tidak beraksi di Terbuka AS
Pemain berusia 35 tahun itu mengakui situasi tersebut membuatkan dia lebih bermotivasi untuk memenangi Wimbledon buat kali ketujuh.

Sistem kereta api, pesawat di Eropah tergendala akibat mogok
Tindakan mogok itu perlu berikutan gaji yang tidak seiring dengan inflasi UK, yang telah mencecah paras tertinggi sepanjang 40 tahun.

Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.