awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat tempatan kuasai 17.4 peratus modal pasaran Bursa

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
30/09/2015
11:18 MYT
Syarikat tempatan kuasai 17.4 peratus modal pasaran Bursa
JOHARI: Ia jelas membuktikan program memperkasa ekuiti bumiputera di pasaran modal negara telah berjaya dengan cemerlang. - Gambar Fail
Syarikat senarai awam dimiliki Bumiputera memegang 17.4 peratus modal pasaran di Bursa Malaysia setakat 30 Jun, 2015.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani ia diwakili 132 syarikat Bumiputera daripada 919 jumlah keseluruhan syarikat yang tersenarai di pasaran bursa.
Johari berkata 55 syarikat atau 42 peratus daripada jumlah tersebut dikategorikan sebagai syarikat berwajaran besar.
Sejumlah 32 daripadanya mempunyai modal pasaran melebih RM1 bilion selain mencatat keuntungan membanggakan.
"Hampir 90 peratus dari syarikat senarai awam dikuasai Bumiputera itu mencatatkan keuntungan yang baik sejak dua tahun lepas dalam hampir semua sektor," katanya,
Sebanyak 33 syarikat telah dinyahsenaraikan di Bursa Malaysia sejak 2011, tetapi sebaliknya jumlah syarikat senarai awam bumiputera telah meningkat sebanyak 31 syarikat.
"Bilangan syarikat berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 31 peratus, satu nilai yang amat tinggi berbanding dengan penyusutan 2.3 peratus pada keseluruhan jumlah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia," kata Johari.
Menurutnya, ia jelas membuktikan program memperkasa ekuiti bumiputera di pasaran modal negara telah berjaya dengan cemerlang.
Beliau memetik data yang diperoleh daripada buku Ikon PLC Bumiputera 2014-2015 yang dilancarkan di sini, hari ini.
Ia mengandungi senarai syarikat awam bumiputera di pasaran bursa selain data empirikal serta analisa kekuatan dan kelemahan bumiputera dalam pasaran modal.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#JOHARI ABDUL GHANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan