Agrobank, sebuah bank milik kerajaan dengan mandat membangunkan sektor pertanian milik kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) Agrobank.
Pelantikan yang berkuat kuasa pada 2 April 2018 ini telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Tuan Syed Alwi mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan Islam dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri ini di dalam dan luar negara. Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan pengurusan kanan di beberapa buah bank seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad, BNP Paribas, Standard Chartered Saadiq Berhad, The Islamic Bank of Asia Limited dan HL Bank Singapura.
“Dalam tahun 2015, Agrobank telah menjadi institusi perbankan Islam sepenuhnya yang menyediakan perkhidmatan dan produk perbankan Islam bagi memenuhi industri makanan halal dan aktiviti perniagaan berasaskan agro atau pertanian.
Tuan Syed Alwi merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam industri perbankan Islam. Pihak Lembaga Pengarah Agrobank yakin beliau merupakan pemimpin yang sesuai untuk memimpin Agrobank untuk fasa seterusnya terutamanya dalam meneraju transformasi Bank ke peringkat yang lebih baik lagi,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank.
Bercakap mengenai pelantikan beliau, Syed Alwi berkata, “Saya dengan rasa rendah diri, dan berbesar hati diberikan kepercayaan dan amanah untuk memimpin Agrobank dalam fasa penting perkembangan Bank. Agrobank telah menunjukkan prestasi yang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini di bawah transformasi fasa pertama serta dilihat mempunyai strategi kukuh dalam memacu kejayaan bank.
"Kejayaan Agrobank kini adalah hasil inisiatif kempimpinan bank sebelum ini dan usaha warga kerja Agrobank kini. Fokus saya kini adalah untuk meneruskan momentum kejayaan yang ada dan pada masa yang sama memastikan kami terus memberi tumpuan dengan mewujudkan impak positif kepada pihak berkepentingan Bank termasuklah para pemegang saham, kakitangan, masyarakat dan persekitaran kami.”
Tuan Syed Alwi mempunya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana kelas pertama dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Media Statement
Tue Apr 03 2018
Tuan Syed Alwi mempunya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana kelas pertama dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. - Sumber foto Agrobank
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkoban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.