awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak cukup ayam, KFC di Britain tutup kedai

Agensi
Agensi
19/02/2018
23:28 MYT
Tak cukup ayam, KFC di Britain tutup kedai
Satu tanda tutup tergantung pada kawasan pandu lalu restoran KFC di Coalville, Britain pada 19 Feb selepas berdepan masalah dengan sistem penghantaran bekalan ayam. - REUTERS
Ratusan cawangan restoran makanan segera KFC di Britain berdepan masalah kekurangan bekalan ayam sehingga memaksa operasi perniagaan ditutup buat seketika.
Rangkaian restoran makanan segera Amerika Syarikat itu memaklumkan, masalah berpunca daripada kegagalan syarikat perkhidmatan kurier DHL untuk menghantar bekalan secukupnya.
Setakat ini, lebih 700 daripada 900 cawangan KFC di seluruh Britain terpaksa ditutup sejak hujung minggu lalu sementara terdapat beberapa cawangan hanya menawarkan menu tertentu dengan waktu operasi disingkatkan.
KFC dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang berusaha mengatasi masalah tersebut malah mengakui berdepan situasi rumit memandangkan turut melibatkan tahap kualiti produk.
Notis penutupan restoran KFC di Coalville, Britain pada 19 Feb 2018. - REUTERS
Notis penutupan restoran KFC di Coalville, Britain pada 19 Feb 2018. - REUTERS
Sementara itu, DHL dalam satu kenyataan berasingan memberitahu, pihak mereka sedang mengatasi masalah penghantaran bekalan kepada seluruh rangkaian KFC di Britain.
Kekurangan bekalan ayam KFC di Britain mengundang pelbagai reaksi pengguna yang mana rata-rata mengharapkan masalah tersebut dapat diselesaikan segera.
KFC menjadi antara restoran makanan segera paling mendapat sambutan di Britain selepas syarikat itu memulakan operasi mereka yang pertama pada 1965 di Preston, Lancashire.
Topic Berkaitan
#Britain
#Kentucky Fried Chicken
#KFC
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan