BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Khamis mengumumkan dana tambahan sebanyak RM200 juta bagi pembiayaan usahawan informal dan mikro di bawah TEKUN Nasional.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata penambahan dana yang bertujuan membantu lebih ramai usahawan informal dan mikro dalam perniagaan mereka itu, menjadikan peruntukan pada tahun ini meningkat kepada RM800 juta.
"Setakat Julai lepas, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM511.7 juta kepada 28,506 usahawan di seluruh negara dan melihat kepada trend itu, saya telah meminta pihak TEKUN Nasional menyemak semula jumlah dana yang diperuntukkan pada tahun ini iaitu sebanyak RM600 juta.
"Jadi kita setuju tambah dana RM200 juta lagi dan menjadikan peruntukan tahun ini meningkat kepada RM800 juta dengan dana tambahan mengguna pakai peruntukan dalaman iaitu hasil kutipan bayaran balik daripada peminjam.
"Semoga pertambahan tersebut dapat membantu lebih ramai usahawan informal serta mikro dalam perniagaan dan sasaran kami lebih 36,000 peminjam mendapat manfaat tambahan dana itu, mereka boleh pinjam antara RM10,000 hingga RM100,000," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Ewon ditemui selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan di Dewan Wisma Al-Ansar Masjid Al Muhajirin di sini, yang turut dihadiri Pengerusi TEKUN Nasional Abdullah Sani Abdul Hamid dan lebih 1,000 usahawan Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Ewon berkata sepanjang 25 tahun beroperasi, pelbagai agenda dan program telah dilaksanakan oleh TEKUN Nasional untuk memberi manfaat kepada usahawan informal dan mikro di seluruh negara.
Katanya, TEKUN Nasional turut mempelbagaikan produk pembiayaannya bagi memenuhi keperluan dan memberi pilihan kepada usahawan dalam bidang keusahawanan.
"Sejak diwujudkan pada 1998 hingga Julai lepas, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan kepada 563,442 usahawan dengan nilai RM8.57 bilion di seluruh negara, manakala di Pulau Pinang sebanyak 23,938 usahawan telah menerima manfaat pembiayaan TEKUN Nasional yang berjumlah RM313 juta," katanya.
Beliau berkata TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan.
Terdahulu pada majlis itu, sebanyak 29 usahawan TEKUN Pulau Pinang menerima cek pembiayaan dengan jumlah keseluruhan RM460 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Ewon berkata penambahan dana yang bertujuan membantu lebih ramai usahawan informal dan mikro dalam perniagaan mereka itu, menjadikan peruntukan pada tahun ini meningkat kepada RM800 juta. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
PM sentiasa utamakan kejayaan, kemajuan komuniti India - Ramanan
Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani permasalahan dan hala tuju masyarakat India dalam negara cukup konsisten dari masa ke semasa.
Masyarakat India tidak pilih calon ikut warna kulit - Ramanan
Datuk R. Ramanan berkata masyarakat India tidak akan memilih calon yang bertanding pada pilihan raya dengan hanya melihat kepada warna kulit semata-mata.
Tekun Nasional salur bantuan lebih 30,000 usahawan informal, mikro seluruh negara - Ewon
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada kira-kira 33,300 usahawan informal dan mikro di seluruh negara pada tahun ini.
Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan
Status MITRA sama ada kekal di bawah pentadbiran JPM atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan
TEKUN Nasional membantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara bagi memenuhi keperluan modal perniagaan.
Dana tambahan TEKUN Nasional usaha murni, namun perlu tambah baik - Pakar ekonomi
TEKUN Nasional telah memperuntukkan jutaan ringgit pembiayaan kepada usahawan informal serta mikro yang layak.
Tambahan RM200 juta dana usahawan di bawah TEKUN Nasional
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Khamis mengumumkan dana tambahan sebanyak RM200 juta bagi pembiayaan usahawan informal dan mikro di bawah TEKUN Nasional.
Tekun Nasional selesai agih RM200 juta peruntukan SPIM - Noh
Peruntukan berkenaan memanfaatkan 31,000 usahawan informal di seluruh negara.
TEKUN Nasional buat laporan polis sistem SPIM digodam - Noh Omar
TEKUN Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam talian bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dipercayai digodam.