awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangani kemiskinan perlu pendekatan baharu - Mustapa

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2021
15:05 MYT
Tangani kemiskinan perlu pendekatan baharu - Mustapa
Mustapa berkata, kerjasama dengan NGO dan individu yang sering memberi bantuan juga perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif yang diharapkan oleh kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pendekatan baharu yang lebih holistik perlu dilaksanakan bagi memastikan tugas menangani kemiskinan mencapai kejayaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu bekerjasama mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang sering memberi bantuan juga perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif yang diharapkan oleh kerajaan.
Mustapa menjelaskan isu kemiskinan dalam kontekas Keluarga Malaysia bukan hanya tertumpu kepada Bumiputera semata-mata kerana terdapat juga bangsa lain yang mempunyai masalah kemiskinan.
"Apparoach baharu, pendekatan baharu ini pendekatan bersepadu, kita gembleng segala usaha, kemiskinan perlu ditangani secara holistik.
"Tangani kemiskinan ini bukan sahaja bantuan makanan, kegiatan ekonomi, pendidikan, akses kepada Internet... ini perlu dilihat secara keseluruhan.
"Dan sebenarnya miskin bandar lebih banyak daripada miskin luar bandar. Miskin bandar sekarang ini 55 peratus, miskin luar bandar 45 peratus.
"Miskin ini bukan hanya Bumiputera, India ada miskin, Cina pun ada miskin. Jadi bila bercakap soal kemiskinan dalam kontekas Keluarga Malaysia, siapa yang miskin perlu dibantu," katanya.
Mustapa berkata demikian ketika menjadi tetamu Agenda AWANI malam ini, yang membicangkan topik Bajet 2022: Tangani Jurang Kemiskinan.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#bajet 2022
#jurang kemiskinan
#pendekatan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan