awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
15/07/2024
06:50 MYT
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Akmal Nasir berkata, kerajaan telah membuktikan tawaran diberikan kepada pelabur berjaya menarik minat syarikat gergasi seperti Google dan Microsoft. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.

Ringkasan AI
  • Kerajaan telah berjaya menarik minat syarikat gergasi seperti Google dan Microsoft dengan tawaran yang ditawarkan kepada pelabur.
  • Kerajaan masih menggunakan kerangka Incentive-Based Regulation untuk penetapan kadar tarif elektrik di Semenanjung, yang merangkumi purata tarif asas elektrik dan pelarasan di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass Through. Ini untuk menjaga kestabilan dan kecekapan penggunaan tenaga.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir berkata, kerajaan telah membuktikan tawaran diberikan kepada pelabur berjaya menarik minat syarikat gergasi seperti Google dan Microsoft.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga masih menggunakan kerangka Incentive Based Regulation (IBR) bagi penetapan kadar tarif di Semenanjung untuk masa akan datang
“Kerangka ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu purata tarif asas elektrik yang disemak setiap tiga tahun dan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang disemak pada setiap enam bulan.
“Dalam hal ini, Kerajaan pada 5 Januari 2022 lalu telah bersetuju supaya purata tarif asas elektrik bagi tempoh kawal selia ketiga yang bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 ditetapkan pada kadar 39.95 sen/kWj.
“Ia setelah mengambil kira unjuran harga bahan api iaitu arang batu dan gas, keperluan kos modal, kos operasi dan kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang munasabah bagi tempoh tiga tahun tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH - Port Dickson) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam soalannya, Aminuddin bertanya adakah tarif elektrik sedia ada di Malaysia mampu menarik pelabur ke negara ini, bersaing dengan negara jiran di rantau Asia Tenggara.
Topic Berkaitan
#TNB
#tarif elektrik
#Microsoft
#Google
#pelabur asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan