BISNES
Tarif: tidak semua permintaan berkaitan perdagangan digital, teknologi dipersetujui Malaysia
Tengku Zafrul bercakap ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15, di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tidak semua permintaan Amerika Syarikat (AS) melibatkan aspek perdagangan digital dan teknologi dipersetujui Malaysia semasa rundingan tarif timbal balik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Beliau berkata Malaysia berpendirian teguh untuk mengekalkan dasar penyedia perkhidmatan awam dan platform media sosial masih tertakluk kepada liabiliti jenayah di bawah undang-undang Malaysia.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk meminta akses atau mengarahkan syarikat memindahkan kod sumber perisian yang digunakan dalam infrastruktur kritikal, perolehan kerajaan dan sektor perkhidmatan kewangan, hal perlesenan dan kehakiman.
"Malaysia menekankan komitmen kerajaan yang telus dan seimbang dalam dua aspek. Aspek pertama iaitu komitmen untuk melindungi harta intelek syarikat daripada pemindahan teknologi secara paksa, menggalakkan inovasi dan memastikan persaingan yang adil di pasaran antarabangsa.
"Bagi aspek kedua pula adalah untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kestabilan ekonomi negara," katanya pada sesi penerangan menteri mengenai rundingan tarif timbal balik dengan AS, di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 1 Ogos lepas, kadar tarif baharu untuk Malaysia diumumkan sebanyak 19 peratus, iaitu penurunan enam peratus daripada kadar 35 peratus yang diumumkan pada 7 Julai 2025.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia kekal tegas dalam rundingan digital dengan AS: Malaysia tidak bersetuju dengan semua permintaan AS berkaitan perdagangan digital dan teknologi, khususnya dalam isu liabiliti jenayah platform media sosial dan hak akses kepada kod sumber perisian kritikal.
- Komitmen seimbang: inovasi vs kedaulatan: Kerajaan menekankan dua prinsip utama: melindungi harta intelek dan inovasi, serta memelihara keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.
- Penurunan tarif baharu: Kadar tarif baharu diumumkan pada 1 Ogos ialah 19%, turun daripada 35% yang diumumkan pada 7 Julai 2025.