BISNES
Tarif Trump: Dakwaan Malaysia kompromi halal, beri akses eksklusif nadir bumi tidak benar - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak dakwaan kononnya Malaysia telah mengorbankan sektor dan dasar kerajaan yang penting, termasuk membekalkan nadir bumi serta mengiktiraf pensijilan halal Amerika Syarikat demi mencapai kadar tarif yang rendah.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seperti yang disebut sebelum ini, ada beberapa perkara yang Malaysia tidak akan berkompromi, khususnya kedaulatan serta dasar yang menyokong pertumbuhan sosioekonomi negara.
Beliau berkata, dakwaan yang diterbitkan oleh sebuah portal berita yang memetik seorang Ahli Parlimen tentang Malaysia akan memberi Amerika Syarikat akses eksklusif nadir bumi negara hanyalah spekulasi semata-mata.
““Itu satu berita yang tidak benar. Kita akan lihat dalam kenyataan bersama Malaysia-AS nanti. Tiada perjanjian untuk kita bekalkan nadir bumi secara eksklusif kepada A.S, atau mana-mana negara pun. Tidak kepada jiran kita, tidak kepada A.S., tidak kepada China … dia (A.S) tidak minta pun.
“Untuk berlaku adil, tiada sebarang permintaan berkaitan daripada pihak sana, jadi saya tidak pasti dari mana datangnya berita itu, kerana ada banyak spekulasi. Namun, saya boleh memberi jaminan, tiada permintaan dari A.S. untuk memperoleh akses secara eksklusif," katanya dalam sidang media khas di Menara MITI, di sini pada Jumaat.
Awal hari ini, Amerika Syarikat telah mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus, suatu keputusan disifatkan oleh MITI sebagai merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik.
Menurut Rumah Putih, perubahan kadar tarif ini akan mula berkuat kuasa pada 7 Ogos.
Negara serantau lain seperti Singapura kekal dengan kadar 10 peratus, manakala Myanmar dan Laos dikenakan kadar tertinggi iaitu 40 peratus susulan kegagalan kedua-dua negara memeterai perjanjian perdagangan dengan AS.
Negara yang menerima kadar yang sama seperti Malaysia ialah ]Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja, manakala Vietnam pada kadar 20 peratus.
Mengulas mengenai status pensijilan halal, Tengku Zafrul berkata, apa yang dipersetujui ialah badan pengeluar sijil halal di Amerika Syarikat perlu memenuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Saya mahu menjawab dakwaan kononnya kerajaan berkompromi tentang standard halal, semata-mata untuk penuhi permintaan A.S. Itu tidak benar. Apa yang kita persetujui ialah kita akan memudahcara proses pengimportan daging halal mereka (ke negara ini), tetapi kita tidak akan berkompromi dengan standard halal kita,” tegasnya lagi.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, dalam rundingan yang kompleks itu, daripada 11,260 garis tarif yang diminta A.S., Malaysia telah pun meletakkan kadar sifar peratus untuk 6,911 produk yang diimport, kira 61 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Namun, beliau menegaskan, ada permintaan yang tidak boleh dipenuhi, sebagai contoh pemansuhan duti eksais untuk industri automotif, tembakau serta alkohol.
“Sektor automotif memang satu industri yang penting, kerana kita mempunyai sekitar 700,000 pekerja, kita ada kereta nasional. Jadi kebimbangan mereka ialah tentang duti import, penghapusan permit import (AP), serta duti eksais kita.
“Industri lain (di negara ini) tiada duti eksais, tetapi automotif ada. Untuk mereka ia tidak adil, tetapi bagi mereka, kita ada alasan yang kukuh kerana ia adalah polisi negara,” tambahnya.