BUSINESS
Tarif Trump: Malaysia wajar pertimbang penangguhan cukai, bantuan khas - Ketua Pembangkang

Hamzah berkata, ia sebagai langkah agar perniagaan tidak gulung tikar atau terpaksa mengurangkan pekerja bagi menyesuaikan diri kesan cabaran global mahupun domestik. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar mempertimbangkan pelaksanaan penangguhan cukai (tax delay) serta penubuhan satu dana bantuan khas berbentuk geran padanan ataupun pinjaman kewangan kepada pemain industri tertentu.
Ringkasan AI
- Penangguhan Cukai: Cadangan untuk menangguhkan cukai dan menyediakan dana bantuan kepada industri tertentu.
- Insentif Eksport: Kerajaan boleh menawarkan insentif eksport yang lebih menarik.
- Perlindungan Industri: Perlindungan kepada industri eksport tempatan dan PKS yang terjejas.
‘’Ini bagi membolehkan mereka mencipta ruang, peluang dan keupayaan yang lebih baik untuk menerokai pasaran baharu bagi menangani dampak pelaksanaan tarif timbal balik tersebut,’’ katanya.
Sehubungan itu, Hamzah menyeru kerajaan segera melindungi kepentingan dan meredakan kebimbangan pemain industri eksport tempatan termasuk industri Pembuatan dan Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) yang bakal terjejas teruk akibat kenaikan kos perniagaan serta kelembapan permintaan pasaran global berpunca daripada kenaikan tarif tersebut.
‘’Perkembangan ini adalah serius dan membimbangkan kerana ia mengheret ekonomi negara terjerumus ke dalam situasi tekanan "tiga serangkai" atau triple shock akibat kesan global, cabaran dalaman dan dasar fiskal yang belum disesuaikan.
‘’Bagi memulihkan keyakinan rakyat serta pemain industri terhadap segala pendekatan yang akan diambil, kami menyeru kerajaan bersikap jujur, terbuka dan berpijak kepada bumi yang nyata apabila berbicara dengan semua pihak berkenaan kesan ketidaktentuan ekonomi global hari ini,’’ ujarnya lagi.
Hamzah berkata demikian sebagai respons berhubung pengumuman kadar tarif timbal balik (reciprocal tarif) 24 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap Malaysia seperti diumumkan Presiden Donald Trump baru-baru ini.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh berselindung disebalik angka-angka di atas kertas kerana penyelesaian kepada masalah rakyat dan negara bergantung kepada pelan tindakan yang berasaskan realiti, bukan ilusi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami