BUSINESS
Tarif Trump: AS tidak akan tinggalkan ASEAN - Penganalisis

ASEAN memilih dialog telus dan konstruktif sebagai respons kepada tarif pentadbiran Trump. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat tidak akan meninggalkan negara-negara ASEAN kerana ia akan memberi impak negatif kepada kepentingan negara Uncle Sam itu di rantau ini.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat tidak akan meninggalkan ASEAN kerana ia akan memberi kesan negatif kepada kepentingannya, dan jika berlaku, ASEAN mungkin terpaksa bergantung kepada China, yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan kuasa di rantau ini.
- Strategi 'China Plus One' akan dipercepatkan jika AS hanya fokus kepada Kesatuan Eropah dan Amerika Latin, untuk mempelbagaikan pelaburan di luar China.
- ASEAN memilih dialog telus dan konstruktif sebagai respons kepada tarif pentadbiran Trump, dengan konsensus untuk tidak bertindak balas terhadap tarif tersebut.
“Sekiranya Amerika Syarikat meninggalkan ASEAN, tidak lagi peduli maka secara automatik kita tidak ada pilihan selain menjuruskan kepada kuasa yang paling hampir iaitu China, ini akan memberikan satu ketidakseimbangan kepada kuasa mereka,” katanya.
Menurut beliau lagi, beberapa buah negara yang berjiran dengan negara ASEAN juga ingin melihat hegemoni China ke atas rantau Asia dapat dibendung.
Dalam temu bual yang sama, Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berpendapat sekiranya AS melakukan tindakan sedemikian maka strategi ‘China Plus One’ akan digerakkan secepat mungkin.
“Sekiranya AS hanya fokus kepada negara-negara Kesatuan Eropah (EU), latin Amerika, maka strategi ‘China Plus One’ pada peringkat perlaksanaan akan dipercepatkan,” katanya.
Strategi China Plus One ialah strategi perniagaan yang mempelbagaikan pelaburan dan operasi di luar China, dan bukannya bergantung semata-mata pada China sebagai hab rantaian pembuatan dan bekalan.
Pada 10 April, ASEAN telah mencapai konsensus untuk tidak bertindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh pentadbiran Trump ke atas negara anggotanya, sebaliknya lebih menekankan kepentingan dialog yang telus dan konstruktif.
Media juga melaporkan, Trump telah mempertimbangkan penangguhan 90 hari bagi tarif timbal balik yang dikenakan ke atas rakan dagang negara pada 3 April lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami