awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tata Sons pemilik baharu Air India

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2021
21:29 MYT
Tata Sons pemilik baharu Air India
Penjualan syarikat penerbangan itu telah bermula sejak 2018, namun gagal menarik minat pembida sehinggalah ke hari ini. - Foto fail/AFP
NEW DELHI: Sebuah syarikat multinasional tertua di India, Tata Sons menjadi pemilik baharu kepada syarikat penerbangan nasional negara itu, Air India.
Ia selepas syarikat gergasi itu berjaya dalam bidaan berjumlah 180 bilion ruppee atau AS$2.4 bilion mengatasi pemilik Spicejet, Ajay Singh, dengan tawaran 151 bilion rupee atau AS$2 bilion.
Bidaan itu dibuat setelah Air India tidak mampu menampung kerugian akibat menanggung hutang yang terlalu banyak.
Penjualan syarikat penerbangan itu telah bermula sejak 2018, namun gagal menarik minat pembida sehinggalah ke hari ini.
Ini juga menandakan kembalinya Air India ke Tata Group, iaitu sebuah syarikat yang mempolopori penerbangan komersial di negara itu sejak 1932.
Pada Jumaat, kerajaan India memaklumkan bahawa Tata Group akan menyelesaikan 153 bilion rupee atau AS$2.03 bilion daripada 615 bilion rupee (AS$8.2 bilion dolar) beban hutang yang ditanggung oleh syarikat penerbangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Air India
#Tata Sons
#pemilik baharu
#bidaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan