awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TBB: TNB rancang labur RM90 bilion bagi enam tahun akan datang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/08/2023
10:38 MYT
TBB: TNB rancang labur RM90 bilion bagi enam tahun akan datang
Baharin Din berkata, Tenaga Nasional Berhad merancang untuk melabur RM90 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang. - Foto TNB
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang untuk melabur RM90 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang bagi membangunkan infrastruktur grid dalam integrasi tenaga boleh baharu (TBB).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, daripada jumlah itu, 40 peratus melibatkan perbelanjaan modal (capex) bagi tujuan transisi tenaga.
"Ia adalah komitmen TNB untuk memacu inisiatif peralihan tenaga di negara ini sejajar dengan aspirasi transisi tenaga dalam menjadikan TNB sebagai peneraju kepada penyelesaian tenaga mampan di negara ini.
"Justeru dalam mencapai sasaran pelepasan sifar bersih, TNB akan menguatkan kesalinghubungan antara negara-negara ASEAN.
"Usaha ini turut mendapat sokongan syarikat-syarikat utiliti negara-negara ASEAN seperti PLN (Indonesia), EGAT (Thailand), EDL (Laos) dan Kumpulan SP (Singapura) dalam satu pertemuan di Indonesia baru-baru ini.
"Mereka turut menunjukkan komitmen untuk memanfaatkan sumber masing-masing serta membangunkan infrastruktur berkaitan tenaga boleh diperbaharui ke arah merealisasi dan mencapai grid tenaga di serantau ini," beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Peralihan Tenaga 2023 anjuran TNB di sini, pada Selasa.
 Foto TNB
Foto TNB
 Foto TNB
Foto TNB
Mengulas lanjut, Baharin menjelaskan, kesalinghubungan dalam kalangan negara anggota ASEAN itu turut membuka laluan kepada pelaburan baharu dengan unjuran saiz pasaran melebihi AS$6.3 trilion (RM29.23 trilion) sehingga 2050.
Sementara itu, Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Mohd Zarihi Mohd Hashim berkata, TNB juga sedang meneroka peluang baharu untuk mengitar semula sumber syarikat utiliti itu, yang dijangka dilakukan dalam tempoh satu atau dua tahun ini.
"Kami (TNB) juga sedang melihat peluang untuk mengitar semula modal yang kami ada, dan ini akan dilakukan dalam satu atau dua tahun ini.
"Justeru TNB berharap akan terus mengoptimumkan serta melaburkannya dengan cara yang betul," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Zarihi turut menjelaskan, TNB berhasrat untuk memperluas portfolio dalam tenaga boleh baharu di pasaran antarabangsa sedia ada seperti di United Kingdom (UK) serta seluruh Asia Pasifik dan Eropah.
Menurutnya, ia adalah satu daripada pemacu utama kepada strategi penerokaan iaitu melalui kerjasama strategik untuk meningkatkan kadar penembusan pasaran dan pembangunan keupayaan atau kompetensi untuk memberikan kecemerlangan operasi.
Persidangan dua hari yang menyaksikan kehadiran lebih 2,000 peserta dan 68 speaker dari serata dunia, dan disokong 32 rakan strategik itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Topic Berkaitan
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#TNB
#infrastruktur grid
#Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan