Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) yang berada di bawah Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi Malaysia turut memberikan khidmat bimbingan kepada usahawan baru di dalam bidang keusahawanan.
Ini bagi mempromosikan dan membantu usahawan tersebut mengkomersialkan dan mengetengahkan produk mereka di dalam pasaran.
Menurut pengerusi TPM Datuk Nasarudin Hashim, beliau mengalu-alukan usahawan-usahawan kecil bumiputera untuk menceburi bidang tersebut supaya Technology Park Malaysia dapat memberi bimbingan bagi memperkasakan lagi usahawan pada hari ini.
Jelas beliau ,terdapat dua contoh syarikat anak Perak,yang berjaya di bawah bimbingan TPM iaitu Tyzo Sdn Bhd dan AAFT Premier Sdn Bhd bagi mempamerkan produk mereka .
“Kita ada juga bersama-sama kita usahawan yang daripada usahawan tempatan yang mendapat bimbingan daripada Technology Park Malaysia untuk mengkomersialkan produk mereka.
“Inii salah satu daripada bidas utama Technology Park Malaysia untuk membantu usahawan mengkomersialkan produk mereka untuk diketengahkan dalam pasaran dalam negara mahupun luar negara, " kata Nasarudin.
Selain itu, bidang bioteknologi juga menawarkan potensi besar untuk masyarakat meneroka manfaat ekonomi daripada kepelbagaian herba tempatan,rempah ratus,buah-buahan dan produk semulajadi yang lain, selain dapat membuka mata masyarakat untuk menilai peluang yang ada ke arah meningkatkan kesejehteraan ekonomi mereka.
Justeru itu, terdapat dua buah kilang iaitu terdapat di Raub, Pahang dan juga di Perlis yang akan membantu usahawan –usahawan baru pada hari ini untuk memajukan produk mereka dengan lebih mudah dan meluas.
Beliau yang juga merupakan Adun Bota,Perak berkata demikian ketika majlis sambutan hari raya yang diadakan di SK Bota Kiri , Perak , semalam.
Astro Awani
Mon Aug 19 2013


Perkhidmatan WHO di Afghanistan berisiko ditutup pada Jun
WHO menyatakan kekurangan dana ini berpunca daripada perubahan dalam "keutamaan bantuan pembangunan" dan pengurangan besar bantuan oleh AS.

Penduduk tuntut keadilan 59 mangsa kebakaran kelab malam
Mereka turut mendesak tindakan terhadap rasuah yang didakwa menjadi punca tragedi terburuk di negara itu dalam beberapa tahun.

Bekas Presiden Georgia, Saakashvili disabitkan kesalahan baharu
Mikheil Saakashvili yang dipenjarakan sejak 2021, dijatuhi hukuman penjara tambahan empat setengah tahun kerana memasuki negara itu secara tidak sah.
Kanada mahu Trump henti kenyataan 'tidak menghormati'
Kanada minta Presiden A.S Donald Trump henti kenyataan tidak menghormati terhadap negara itu.
Trump, Putin akan bincang tamatkan perang
Donald Trump dan Vladimir Putin akan berbincang terma yang boleh tamatkan perang di Ukraine
Trump ancam Iran jika Houthi terus menyerang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump beri amaran akan kenakan tindakan tegas terhadap Iran jika Houthi yang disokong Tehran terus lancarkan serangan di Yaman dan Laut Merah
Amalkan sikap tabayyun demi keharmonian masyarakat - Mohd Na'im
Umat Islam diseru untuk mengamalkan sikap sabar, berfikiran terbuka, dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Penduduk tuntut keadilan 59 mangsa kebakaran kelab malam
Penduduk di Macedonia Utara protes tuntut keadilan terhadap mangsa kebakaran kelab malam yang mengorbankan 59 nyawa.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan salam Nuzul Quran
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah hari Nuzul Quran adalah untuk seluruh umat Islam peringati peristiwa agung turunnya wahyu pertama.
Selain ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Pahang dizahirkan, kedua baginda turut menekankan pentingnya mendalami dan menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Selain ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Pahang dizahirkan, kedua baginda turut menekankan pentingnya mendalami dan menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Ainon setuju turunkan hantaran hina Nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Pemilik akaun Facebook Ainon Mohd bersetuju turunkan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW selepas pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertemuan ini turut disertai pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
JAKIM menegur dan menggesa pemilik akaun untuk menurunkan hantaran tersebut serta menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan berunsur Islam.
Pertemuan ini turut disertai pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
JAKIM menegur dan menggesa pemilik akaun untuk menurunkan hantaran tersebut serta menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan berunsur Islam.

Inovasi terkini bioteknologi pacu industri minyak kelapa sawit - MPOB
Inovasi terkini bioteknologi dapat memberi kesan positif kepada pengguna, penghasil dan pedagang minyak kelapa sawit negara.