awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teleport raih RM220 juta daripada pelabur institusi bagi pengembangan operasinya

Dagang News
Dagang News
15/12/2022
00:40 MYT
Teleport raih RM220 juta daripada pelabur institusi bagi pengembangan operasinya
Teleport telah meningkatkan bahagian pasaran intra-SEA empat kali ganda dari segi jumlah kargo daripada 2% pada 2021 kepada 9% pada 3QFY22 dan mengembangkan perniagaan e-dagangnya enam kali ganda dari tahun ke tahun. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Syarikat logistik di bawah Capital A Berhad, Teleport berjaya mengumpul modal baharu untuk pertumbuhan serantaunya sebanyak AS$50 juta (RM220 juta) daripada pelabur kredit institusi yang besar.
Teleport berkata, ia akan menggunakan dana itu untuk mendapatkan kapal kargo tambahan, membina hab kritikal di Indonesia, Filipina dan Malaysia, dan seterusnya melabur dalam teknologi yang membolehkan sesiapa sahaja untuk ‘Teleport It’ dalam masa 24 jam di seluruh Asia Tenggara.
Sejak penubuhannya pada 2018, cabang penghantaran pengangkutan udara Capital A telah berkhidmat kepada pelanggan perniagaan kepada perniagaan (B2B) dari semua saiz dengan penyelesaian logistik udara yang pantas dan mampu milik di seluruh Asia Tenggara disokong oleh kelebihan rangkaian penerbangan penumpang AirAsia Aviation.
Ketu Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsa berkata, misi mereka adalah untuk menyampaikan secara konsisten lebih baik daripada orang lain di Asia Tenggara.
Beliau percaya, jika pihaknya menjamin kepantasan hari berikutnya dengan kos yang mampu dimiliki , semua pihak akan memilih untuk 'Teleport It'.
"Hari ini kami mencatat keuntungan lebih besar dan berkembang lebih pantas berbanding Pra COVID-19, kami percaya persekitaran yang mencabar adalah peluang terbaik untuk membina syarikat logistik rentas sempadan terkemuka di Asia Tenggara.
“Kunci kepada kepimpinan Teleport dalam tempoh tiga tahun akan datang ialah lanjutan liputan rangkaian kami melalui udara dengan induksi kapal kargo A321F bermula pada 1QFY23.
"Kami berhasrat untuk menghubungkan pengilang, pengeksport dan e-dagang dengan mudah ke seluruh pasaran Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan, semalam
Teleport telah meningkatkan bahagian pasaran intra-SEA empat kali ganda dari segi jumlah kargo daripada 2% pada 2021 kepada 9% pada 3QFY22 dan mengembangkan perniagaan e-dagangnya enam kali ganda dari tahun ke tahun.
Usaha logistik Capital A juga kini melayani tiga pasaran terbesar di Asia Tenggara, iaitu Shopee, Lazada dan Zalora.
Ini dicapai dengan memberi tumpuan untuk melayani tiga segmen perniagaan utama di seluruh rantau Asia Tenggara - pertama, penghantar kargo global mencari rangkaian serantau terluas; kedua, pasaran e-dagang mencari penyelesaian pertengahan batu mampu milik melalui udara, dan yang terbaru, pengguna mencari penghantaran bungkusan antarabangsa pada harga yang berpatutan pada hari berikutnya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Teleport
#Capital A
#penyelesaian logistik udara
#AirAsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan