awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempahan pesawat komersial Boeing lonjak lebih 300 unit - Syarikat

Bernama
Bernama
11/06/2025
12:00 MYT
Tempahan pesawat komersial Boeing lonjak lebih 300 unit - Syarikat
Syarikat aeroangkasa Boeing memperoleh lebih 300 tempahan untuk pesawat komersial pada Mei, 38 kali ganda lebih tinggi berbanding April, menurut kenyataan syarikat itu. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Syarikat aeroangkasa Boeing memperoleh lebih 300 tempahan untuk pesawat komersial pada Mei, 38 kali ganda lebih tinggi berbanding April, menurut kenyataan syarikat itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Daripada 303 pesanan yang diperoleh bulan lalu, 150 pesanan datang daripada perjanjian yang dimeterai dengan Qatar Airways semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Timur Tengah.
Pada masa sama, 119 tempahan untuk pesawat 737 MAX dan tujuh pesawat 787-9 Dreamliner pada Mei diterima daripada pelanggan yang tidak didedahkan, menurut laporan terkini syarikat itu.
Pada April, Boeing hanya memperoleh lapan pesanan untuk pesawat komersial.
Sejak awal tahun ini, syarikat itu telah menerima sejumlah 552 pesanan pesawat komersial, menurut laporan terbaharu Boeing.
Pada Mei, Boeing menghantar 45 pesawat komersial, sama seperti pada April.
Dalam tempoh Januari hingga Mei, syarikat itu telah menghantar sejumlah 220 pesawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing
#tempahan pesawat komersial
#Qatar Airways
#737 Max
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan