KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru dilantik, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Malaysia (JACTIM) serta Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) pada Sabtu.
Beliau berkata ia bertujuan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara dan berdaya saing untuk menyokong rantaian bekalan serantau dan global.
"Semoga perjumpaan sebegini dapat memberi kemaslahatan ekonomi dan mengekalkan momentum pertumbuhan kita, sementelahan persekitaran global dijangka lebih mencabar pada tahun depan," katanya menerusi catatan di laman Twitter rasminya, @tzafrul_aziz hari ini.
Sebelum ini, beiau juga bertemu dengan pihak Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berbincang serta bertukar-tukar idea tentang inisiatif yang dapat meningkatkan perdagangan antarabangsa, pelaburan dan pembangunan industri, yang merupakan teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), katanya.
"Semoga kerjasama ini dapat memacu pembangunan ekonomi Malaysia," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata apabila kerajaan mahu merangka polisi, suara daripada pihak berkepentingan perlu didengar supaya dasar yang ditetapkan dapat memenuhi keperluan mereka.
Beliau juga telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan MITI serta beberapa agensi di bawahnya seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).
MIDA berjaya mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) bersih berjumlah RM48.2 bilion pada 2021 dan RM54 bilion dalam tempoh sembilan bulan bagi 2022.
MIDA juga meluluskan RM309.4 bilion pelaburan untuk 2021, serta RM123.3 bilion untuk separuh pertama 2022.
"Saya percaya bahawa kerjasama antara MITI dan MIDA akan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dengan berkesan dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Beliau berkata ia bertujuan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara dan berdaya saing untuk menyokong rantaian bekalan serantau dan global. - Foto Twitter Tengku Zafrul
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Pertemuan PM Anwar, CEO Microsoft pada tarikh baharu
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.
RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.
Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI
Projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) masih di peringkat perancangan awal dan fokus akan diberikan kepada proses pengambilalihan tanah daripada Sime Darby Plantation Bhd.
Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.