BISNES
Tengku Zafrul bincang kerjasama ekonomi dengan pemimpin Singapura, Indonesia

Tenku Zafrul berkata perbincangan yang diadakan di tengah-tengah cabaran geopolitik semasa, turut menyentuh peranan ASEAN dalam mengemudi landskap geoekonomi yang kian mencabar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.
Ringkasan AI
- Menteri Tengku Zafrul mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan Indonesia untuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau, termasuk peranan ASEAN dalam menghadapi cabaran geoekonomi semasa.
- Lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Indonesia merupakan kunjungan balas kepada lawatan Presiden Prabowo Subianto ke Malaysia, serta persediaan bagi Rundingan Tahunan Ke-13 antara kedua-dua negara.
- Nilai perdagangan dua hala Malaysia-Indonesia meningkat kepada RM116.29 bilion pada 2024, menjadikan Indonesia rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam ASEAN.
Tengku Zafrul adalah antara empat menteri yang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi beliau ke Indonesia, hari ini.
Menteri lain termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Mengulas selanjutnya, Tenku Zafrul berkata perbincangan yang diadakan di tengah-tengah cabaran geopolitik semasa, turut menyentuh peranan ASEAN dalam mengemudi landskap geoekonomi yang kian mencabar.
Pada 2024, Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Bagi tempoh sama, nilai perdagangan dua hala meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM116.29 bilion (US$25.5 bilion) berbanding RM111.21 bilion (US$24.39 bilion) pada 2023.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan lawatan Anwar yang juga Menteri Kewangan adalah kunjungan balas susulan lawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia tahun ini bagi menghadiri pertemuan dua hala serta menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pada 26-27 Mei lepas.
"Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan bagi Rundingan Tahunan Ke-13 antara Malaysia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini," kata kenyataan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami