KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata BI (pendekatan induktif untuk membuat dasar) boleh digunakan terutamanya dalam mengurangkan kos pematuhan dan menggunakan tahap optimum sumber pada pemantauan serta penguatkuasaan kawal selia dan prosedur.
"Ini adalah kunci untuk menguruskan kos operasi dan memaksimumkan keuntungan.
"Justeru, 'nudging' dan BI boleh menjadi langkah reformatif bagi menggubal peraturan berkualiti dan pelaksanaan kawal selia yang cekap tanpa bergantung kepada langkah-langkah berbentuk paksaan," katanya dalam ucap tama beliau pada acara National Conference on Behavioural Insights 2023 yang dijalankan menerusi dalam talian pada Selasa.
Tengku Zafrul juga melihat penggunaan pendekatan itu oleh agensi seperti Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) Malaysia dan entiti kawal selia atau penguatkuasaan lain dengan mandat yang serupa untuk mengurangkan kerenah birokrasi bagi pelabur dan perniagaan untuk mencapai matlamat jangka panjang negara.
Beliau berkata Malaysia menyambut baik penggunaan BI bagi dasar yang efektif dan peraturan berkualiti bagi membantu orang ramai membuat keputusan dengan sewajarnya tanpa mengehadkan kebebasan pilihan mereka.
Tahun lepas, dengan bantuan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Miti sendiri menjalankan projek BI bagi meningkatkan pematuhan terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010.
Sementara itu, Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata dasar dan peraturan berkualiti penting bagi meningkatkan pertumbuhan produktiviti.
Beliau berkata produktiviti Malaysia pulih kepada prestasi sebelum pandemik pada 2022, tumbuh 5.4 peratus, mencatatkan tahap nilai RM95,628 bagi setiap pekerja. Ini merupakan lantunan semula yang tinggi dari 2021 apabila produktiviti Malaysia mencatatkan pertumbuhan 1.8 peratus dengan RM90,697 setiap pekerja.
Malaysia menyasar mencapai pertumbuhan produktiviti lebih daripada 3.6 peratus sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dalam merealisasikan tahap produktiviti RM106,060 menjelang 2025.
"Bagi mencapai sasaran ini, ekosistem perniagaan Malaysia perlu kondusif kepada pertumbuhan ekonomi dan dasar serta peraturannya berkualiti untuk membangun persekitara yang sesuai," katanya.
Abdul Latif berkata, dalam membina kapasiti pegawai kerajaan dan mewujudkan kumpulan pakar BI tempatan, MPC telah melatih 609 individu melibatkan 42 kementerian dan agensi kerajaan dan melibat urus dengan sektor swasta untuk mengembangkan kumpulan pakar itu.
Perbadanan itu telah membangunkan National Behavioural Insights Guidelines sebagai rujukan bagi pengawal selia, penggubal dasar dan pengamal untuk mengguna pakai BI sebagai instrumen dasar dan produktiviti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Zafrul berkata BI boleh digunakan terutamanya dalam mengurangkan kos pematuhan dan menggunakan tahap optimum sumber pada pemantauan serta penguatkuasaan kawal selia dan prosedur. - Foto fail/BERNAMA

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Perdagangan Februari Malaysia naik 11 peratus, eksport meningkat 9.8 peratus
MITI dalam kenyataan hari ini berkata import pada bulan yang sama bertambah 12.4 peratus kepada RM92.71 bilion.

Belanjawan 2023: MITI terima peruntukan RM1.59 bilion untuk pacu pelaburan, perdagangan mampan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawahnya menerima peruntukan berjumlah RM1.59 bilion menerusi Belanjawan 2023 yang dibentangkan hari ini.

MITI akan pastikan perdagangan kekal pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan Malaysia pada 2023.

Tiga tumpuan utama harungi kelembapan ekonomi global 2023 - Tengku Zafrul
Ia untuk memulihkan keyakinan pelabur berikutan ekonomi global yang dijangka perlahan pada 2023 antaranya memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama.

Dagangan Malaysia melonjak 31.4 peratus kepada RM256.9 bilion pada September 2022 - MITI
Perdagangan Malaysia terus mengekalkan trend peningkatan pada September 2022 apabila melonjak 31.4 peratus kepada RM256.91 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.

Rangka kerja ESG kebangsaan bagi sektor pembuatan sedang digubal - MITI
Rangka kerja terbabit akan berdasarkan konsultasi dan libat urus dengan pemegang taruh tempatan dan antarabangsa.

MITI komited Malaysia capai KDNK 5.8 peratus tahun ini - Azmin
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri komited Malaysia mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus seperti yang diunjurkan Bank Dunia.

Empat kementerian penting perlu diberi nafas baharu - Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Bangi mencadangkan empat kementerian utama diberi nafas baharu supaya mampu berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

PIKAS: Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta bermula 16 Jun - MITI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjelaskan syarikat dalam subsektor pembuatan kritikal akan diberikan keutamaan untuk vaksinasi.