BISNES
[TERKINI] Petronas memohon penjelasan mengenai kerangka kawal selia Petroleum di Sarawak
Menurut Petronas, ianya tetap komited untuk melaksanakan operasinya dengan telus serta penuh tanggungjawab di Sarawak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Petronas telah memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan hari ini, Petronas berkata pihak responden yang dinamakan adalah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
“Permohonan berkenaan difailkan dengan tujuan memastikan Petronas terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik,” katanya.
Permohonan tersebut tidak berhasrat untuk mencabar aspirasi pembangunan Sarawak mahu pun menghalang peranan yang dimainkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dalam sektor tenaga di negeri tersebut.
Keputusan memfailkan usul tersebut dibuat susulan perbincangan serta rundingan yang berjalan sejak tahun 2024 bersama Petros serta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
“Meskipun terdapat kemajuan yang telah dicapai dalam rundingan komersial dan perkongsian, termasuklah pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada tahun 2020, namun masin terdapat perbezaan pendapat berhubung kerangka kawal selia yang terpakai kepada Petronas,” katanya.
Petronas berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan serta peranan sistem kehakiman negara dalam meneliti perkara ini.
Petronas juga menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi ruang kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penilaian sewajarnya berkenaan usul yang dikemukakan.
Sementara itu, Petronas tetap komited untuk melaksanakan operasinya dengan telus serta penuh tanggungjawab di Sarawak.
“Seluruh operasi akan terus berjalan seperti biasa,” kata Petronas.
Petronas, katanya akan terus memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat dan industri di Sarawak serta bekerjasama ke arah memajukan aspirasi pembangunan Sarawak dan memelihara kemakmuran Malaysia.
Petronas kekal komited untuk memastikan komunikasi yang telus mengenai operasinya termasuk kegiatan usaha sama syarikat.