Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
BISNES

TH Plantations lantik Borhan Bachi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa hari ini

Bernama 17/11/2025 | 15:11 MYT
TH Plantations Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Borhan Bachi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu berkuat kuasa hari ini, 17 Nov, 2025. - Gambar fail/FGV
KUALA LUMPUR: TH Plantations Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Borhan Bachi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu berkuat kuasa hari ini, 17 Nov, 2025.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TH Plantations berkata pengumuman tersebut turut merujuk kepada penubuhan jawatankuasa eksekutif lembaga pada 18 Julai, 2025.

"Sehubungan itu, lembaga pengarah TH Plantations memaklumkan bahawa jawatankuasa lembaga tersebut dibubarkan berkuat kuasa 17 Nov, 2025," kata syarikat itu.

Sebelum ini, bekas CEO TH Plantations Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan pembayaran tanpa kelulusan berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Mohamed Zainurin kemudian diarahkan mengambil cuti khas sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 26 Ogos, manakala Marliyana memilih untuk meletakkan jawatan serta-merta pada 18 Julai.

Mohamed Zainurin dilantik sebagai CEO syarikat itu pada 1 Okt, 2021.

-- BERNAMA



#TH Plantations #lantik #Ketua Pegawai Eksekutif #Borhan Bachi