awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank

Bernama
Bernama
29/09/2023
02:55 MYT
Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
"Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mengendalikan kod DuitNow QR, baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.
Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#DuitNow QR
#Maybank
#caj kadar QR
#pembayaran kad debit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan