KUALA LUMPUR: Tiada "situasi Lehman" dijangkakan berlaku pada 2023 berikutan kejatuhan tiga bank utama di Amerika Syarikat (AS) antaranya Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank, menurut seorang penganalisis.
"Situasi Lehman" merujuk kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan global yang muflis pada 15 Sept 2008 yang kini disifatkan sebagai peristiwa kritis sehingga mencetuskan krisis kewangan global 2008.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS berikutan hanya menjalankan urus niaga dengan bank Wall Street.
"Oleh itu, kesan dari segi risiko adalah minimum," katanya kepada Bernama sambil menjelaskan Credit Suisse bukan lagi menjadi kelompok utama perbankan Eropah, dan berikutan itu ia tidak menjadi kebimbangan utama.
Credit Suisse terbabit dalam pergolakan yang tercetus akibat kejatuhan pemberi pinjaman AS, SVB dan Signature Bank sepanjang minggu lepas sekali gus mengurangkan keyakinan pelabur di seluruh dunia.
Innes berkata keadaan boleh menjadi sebaliknya jika krisis itu turut melibatkan bank-bank Eropah lain.
"Bagaimanapun, isunya adalah kejutan pertumbuhan bank-bank wilayah AS yang merupakan peminjam besar kepada Main Street USA; sekiranya mereka menghentikan pemberian pinjaman kerana kekurangan simpanan bank, ini boleh mencetuskan kemelesetan secara besar-besaran.
"Seperti 2008, kita mungkin mengalami kemelesetan yang disebabkan oleh bank. Bagaimanapun, impak buruknya mungkin terhad dengan pihak bank-bank pusat kemungkinan besar melakukan perubahan atau pengurangan.
"Bagaimanapun ketidaktentuan boleh berlaku bagi tempoh lebih lama apabila melibatkan faktor manusia kerana tiada siapapun dapat menentukan kesan ketara akibat masalah sesebuah bank," katanya.
Sementara itu, MIDF Research berkata komuniti pelaburan bimbang pasaran dapat mengesan bermulanya krisis kewangan global 2008 untuk kembali melanda.
"Bagaimanapun, kami sedia maklum terhadap satu perbezaan, 2008 adalah episod yang mana amalan kredit dilonggarkan berikutan gadai janji disekuritikan dan didagangkan walaupun dengan kualitinya.
"Oleh kerana kualiti sekuriti bersandarkan gadai janji ini mencurigakan, nilainya dapat menurun kepada sifar," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
MIDF Research berkata bon kerajaan AS pula akan kembali kepada harga asal selepas kematangan, justeru menyebabkan sebarang kerugian yang berlaku adalah sementara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Tiada "situasi Lehman" dijangkakan berlaku pada 2023 berikutan kejatuhan tiga bank utama di Amerika Syarikat (AS) antaranya Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank, menurut seorang penganalisis. -Gambar fail/Reuters

Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan
Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa.

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.