Oleh kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kerajaan tidak boleh mengenakan larangan sepenuhnya terhadap perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Namun, katanya, kerajaan boleh bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menentukan di mana untuk membeli dan menjual barangan, di tengah-tengah ancaman larangan minyak sawit oleh EU.
Mustapa berkata, larangan sepenuhnya akan menjadi rumit memandangkan terdapat banyak syarikat Eropah beroperasi di Malaysia, begitu juga sebaliknya.
"Ia (larangan sepenuhnya) akan menyebabkan berlakunya banyak gangguan kepada dunia (termasuk Malaysia) kerana terdapat banyak syarikat EU yang menjalankan perniagaan di Malaysia, termasuk dari Jerman, Belanda, Peranchis, Britain dan Sweden yang mana jumlahnya beratus.
"Bagaimanapun, apabila membabitkan pembelian oleh kerajaan, kita mempunyai 100 peratus kelebihan mengenai di mana kita hendak beli, seperti dalam pembelian peralatan pertahanan. Begitu juga bagi syarikat berkaitan kerajaan," katanya selepas marasmikan pelancaran Sidang Kemuncak Pengoperasian Perladangan dan Kecemerlangan Produktiviti Sime Darby, di sini, hari ini.
Berkenaan sektor swasta, Mustapa berkata, oleh kerana Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka, kerajaan tidak dapat mengawalnya.
Cadangan mengenakan sekatan perdagangan terhadap EU dikemukakan berikutan tindakan Parlimen EU pada bulan lalu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel menjelang 2021
Setakat ini, Peranchis, Sweden dan majoriti ahli Parlimen Eropah dari United Kingdom (terutamanya dari Parti Konservatif) menentang resolusi minyak sawit EU.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
MUSTAPA: Larangan sepenuhnya akan menjadi rumit memandangkan terdapat banyak syarikat Eropah beroperasi di Malaysia, begitu juga sebaliknya.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.
Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.
Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.
COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.
Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.