SEPANG: Tiada penerbangan dilaporkan ditangguhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa kejadian gangguan bekalan elektrik pada Rabu, yang menjejaskan beberapa kawasan di Malaysia termasuk Sepang.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata semua penerbangan dari dan tiba di KLIA menepati masa.
"Bagi KUL (KLIA), saya difahamkan kesemua 21 (penerbangan) keluar, 21 masuk menepati masa. Satu-satunya perkara yang saya fikir berlaku mungkin kelewatan dari segi bagasi," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pengendali lapangan terbang itu dengan tujuh pihak berkepentingan untuk melaksanakan Pembuatan Keputusan Kolaboratif Lapangan Terbang (A-CDM) ) di sini hari ini.
Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia bermula 12.39 tengah hari Rabu, termasuk di Lembah Klang, Melaka dan Pahang.
KLIA juga dilaporkan dalam keadaan malap sebelum bekalan kuasa dipulihkan secara beransur-ansur mengikut lokasi di lapangan terbang kira-kira lima minit kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia bermula 12.39 tengah hari Rabu, termasuk di Lembah Klang, Melaka dan Pahang.- Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Gangguan MRT Sungai Buloh-Kajang akibat pengorekan pihak ketiga - TNB
Bagaimanapun, bekalan elektrik berjaya disalurkan sepenuhnya pada 1.19 petang, hari ini.