KUALA LUMPUR: Capital A Bhd menjelaskan bahawa tiada rancangan penggabungan antara AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX) tetapi kumpulan penerbangan disenarai awam berasingan akan dibentuk di bawah strategi menangani status Nota Amalan 17 (PN17) yang dicadangkan.
"Syarikat mahu menjelaskan bahawa pelan yang dicadangkan itu bukanlah penggabungan AirAsia dan AAX tetapi potensi pelupusan aset penerbangan Capital A kepada AAX untuk membentuk kumpulan penerbangan disenarai awam berasingan yang terdiri daripada enam syarikat penerbangan.
"Ia melibatkan empat syarikat penerbangan jarak dekat dan dua syarikat penerbangan jarak sederhana iaitu AirAsia, Thai AirAsia, AirAsia Indonesia, AirAsia Filipina, AAX dan Thai AirAsia X," kata Capital A dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Kumpulan itu berkata demikian bagi mengulas dua artikel berita di Edge CEO Morning Brief bertajuk "No merger of AirAsia's Aviation business, says Fernandes" dan "Super Plus app set to spur Capital A" di terbitkan di platform e-paper The Star.
Kumpulan itu berkata pelan itu masih dalam proses dan akan tertakluk kepada pelbagai kelulusan termasuk oleh lembaga pengarah syarikat, pemegang saham dan Bursa Malaysia Securities Bhd.
Syarikat itu akan membuat pengumuman sebaik sahaja rancangan itu dimuktamadkan, kata Capital A.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes memberitahu media bahawa semua operasi penerbangan akan disuntik di bawah satu struktur sedia ada, iaitu AirAsia Aviation Group (AAG).
"Kami hanya menyuntik syarikat penerbangan AirAsia ke dalam status penyenaraian AAX... tidak ada penggabungan. AAX akan dinamakan semula sebagai AAG dan akan terdapat enam syarikat penerbangan di bawahnya.
"Sebagai satu syarikat, kami boleh mengurangkan banyak kos tetapi akan ada operasi berasingan oleh setiap syarikat penerbangan individu," katanya.
Saham Capital A di Bursa Malaysia ditutup 1.5 sen lebih tinggi kepada 58.5 sen dengan 3.69 juta saham bertukar tangan manakala AAX tidak berubah pada 44.5 sen dengan 100,100 saham didagangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Tony Fernandes sebelum ini memberitahu media bahawa semua operasi penerbangan akan disuntik di bawah satu struktur sedia ada, iaitu AirAsia Aviation Group (AAG). - Gambar/ Reuters
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.