awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peruntukan tambahan dalam belanja mengurus - Menteri Kewangan

Bernama
Bernama
21/07/2020
04:56 MYT
Tiada peruntukan tambahan dalam belanja mengurus - Menteri Kewangan
Tengku Zafrul berkata urusan untuk menyusun semula peruntukan kementerian terlibat akan dibawa untuk kelulusan parlimen. - Gambar fail
Tiada peruntukan tambahan dalam belanja mengurus berikutan pertambahan kementerian di bawah kerajaan Perikatan Nasional, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.
Berdasarkan penyusunan semula fungsi kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul berkata terdapat tiga kementerian baharu yang diwujudkan iaitu Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Tiga kementerian lain yang telah distruktur semula adalah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan manakala satu kementerian telah dihapuskan iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
"Walaupun terdapat kementerian baharu yang diwujudkan serta bilangan menteri dan timbalan menteri bertambah, namun tiada peruntukan tambahan yang terlibat memandangkan keperluan perbelanjaan untuk kementerian baharu telah diagihkan ataupun diperuntukkan semula.
"Bagi pertambahan menteri dan timbalan menteri terutamanya di Jabatan Perdana Menteri, perbelanjaan yang terlibat akan menggunakan peruntukan semasa kementerian terlebih dahulu dan selebihnya daripada penjimatan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tengku Zafrul berkata urusan untuk menyusun semula peruntukan kementerian terlibat akan dibawa untuk kelulusan parlimen melalui Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020 yang akan dibentangkan pada sesi persidangan kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amiruddin Hamzah
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#kementerian baharu
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#penstrukturan semula
#perbelanjaan mengurus
#peruntukan tambahan
#Tengku Zafrul Tengku Aziz
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan