BISNES
TikTok perluas inisiatif #ThinkTwice, perkasa rakyat Malaysia cegah penipuan dalam talian
Firdaus Fadzil berkata keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan pendekatan menyeluruh. - Foto TikTok
KUALA LUMPUR : TikTok Malaysia meperluaskan inisiatif literasi digital, #ThinkTwice tahun ini dengan memperkenalkan hab maklumat pelbagai bahasa dalam aplikasi yang menyediakan sumber tambahan berkaitan pencegahan penipuan dalam talian.
Ringkasan AI
Inisiatif tersebut merangkumi iklan carian, video pendek, kandungan pencipta, serta dialog industri yang dijadualkan, bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna terhadap ancaman penipuan siber yang semakin kompleks.
Usaha ini dijalankan secara kolaboratif bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta beberapa agensi kerajaan utama lain.
Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Firdaus Fadzil berkata keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan pendekatan menyeluruh.
“Modus operandi penjenayah siber sentiasa berubah. Kuncinya adalah pendidikan, dan kami berbesar hati memperkasakan rakyat Malaysia dengan ilmu serta alatan untuk membanteras penipuan secara bersama menerusi #ThinkTwice,” katanya.
Tambah kenyataan, hab maklumat itu kini boleh diakses dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil, membolehkan jutaan pengguna di seluruh negara mendapat maklumat yang relevan dan mudah difahami.
Inisiatif tersebut menggalakkan pengguna untuk Menilai, Mencegah dan Melindungi iaitu menilai kandungan yang diterima, mencegah penipuan dengan menggunakan alatan keselamatan TikTok dan pihak berkuasa, serta melindungi komuniti dengan melaporkan aktiviti mencurigakan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kebanyakan kes penipuan boleh dicegah sekiranya orang ramai lebih peka terhadap taktik penjenayah.
“Antara penipuan lazim termasuk penipuan pelaburan, pancingan data, panggilan palsu, penipuan pekerjaan, cinta dan pinjaman. Portal Semak Mule PDRM adalah antara alatan yang boleh membantu mengesan ancaman ini,” katanya.
Sementara itu, SKMM menekankan bahawa kesedaran dan pendidikan kekal sebagai benteng utama dalam menangani penipuan.
“Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan untuk memperluas jangkauan portal Sebenarnya.my dan AIFA, pembantu AI kami yang membantu pengguna menyemak fakta dengan pantas dan yakin,” kata jurucakap MCMC.
Ringkasan AI
- TikTok Malaysia memperluas inisiatif literasi digital #ThinkTwice dengan melancarkan hab maklumat pelbagai bahasa dalam aplikasi untuk mendidik pengguna tentang pencegahan penipuan dalam talian.
- Inisiatif ini dijalankan bersama PDRM, SC, MCMC dan agensi kerajaan lain, merangkumi iklan carian, video pendek, kandungan kreator dan dialog industri.
- Hab maklumat tersedia dalam empat bahasa (Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil) dan menggalakkan pengguna menilai kandungan, mencegah penipuan menggunakan alatan keselamatan, serta melaporkan aktiviti mencurigakan.