BISNES
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Acara TikTok Shop Mall Ascend yang berlangsung pada Selasa menghimpunkan ratusan usahawan tempatan dan pakar industri untuk meraikan pencapaian penting serta mengiktiraf jenama berprestasi tinggi di Malaysia. -Foto TikTok Shop Malaysia
KUALA LUMPUR: Bagi ramai usahawan tempatan, menembusi pasaran digital bukan sekadar tentang jualan tetapi perjuangan membina kepercayaan dan menonjolkan jenama di tengah-tengah persaingan yang sengit.
Ringkasan AI
Menyedari cabaran itu, platform e-dagang dipercayai negara, TikTok Shop, mengumumkan komitmen untuk memperhebat sokongan kepada jenama tempatan dan antarabangsa menerusi penganjuran lebih 1,000 sesi All-Star LIVE di Malaysia sepanjang 2026.
Inisiatif ini memfokuskan sokongan kepada jenama yang menyertai program TikTok Shop Mall, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan untuk berkembang, membina jenama yang diyakini pengguna dan berhubung secara langsung dengan jutaan pelanggan di seluruh negara.
All-Star LIVE ialah sesi penstriman langsung premium yang menggabungkan elemen hiburan dan beli-belah secara interaktif.
Ia dibangunkan serta dipromosikan oleh TikTok Shop dengan kerjasama selebriti terkenal dan pencipta afiliasi berprestasi tinggi, membantu perniagaan daripada pelbagai skala memperluas capaian serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu jenama.
Menurut Pengarah Kanan Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, pendekatan ini telah membuktikan keberkesanannya sepanjang tahun ini.
“Pada tahun 2025, kami menganjurkan lebih 100 sesi All-Star LIVE di Malaysia, yang membantu jenama Mall terlibat mencatatkan peningkatan jualan purata melebihi 160 peratus berbanding hari biasa.
“Selain itu, jualan keseluruhan jenama yang menyertai program Mall berkembang pada kadar 2.3 kali lebih pantas berbanding penjual di pasaran umum tahun ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.
Menurut Nur Azre, pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan pengguna yang semakin kukuh terhadap jenama yang ditawarkan menerusi TikTok Shop Mall didorong pengalaman membeli-belah lebih terjamin dan telus.
“Kami digalakkan dengan pengesahan pasaran ini. Ia menunjukkan pengalaman pelanggan di TikTok Shop Mall, khususnya jaminan 100 Peratus Ketulenan, Pulangan Percuma 30 Hari, serta Super Brand Days, berkesan membantu jenama untuk berkembang.
“Dengan lebih 1,000 sesi All-Star LIVE khusus bagi menyokong jenama Mall tahun hadapan, kami berharap lebih banyak MSME tempatan dapat berkembang menjadi jenama isi rumah melalui shoppertainment,” tambahnya.
Perkongsian ini dibuat sempena acara TikTok Shop Mall Ascend yang menghimpunkan ratusan usahawan tempatan dan pakar industri untuk meraikan pencapaian penting serta mengiktiraf jenama berprestasi tinggi dalam ekosistem tersebut.
Antara jenama yang menerima pengiktirafan termasuk Senheng, PerySmith, Ceecile Women Sportswear, Panda Eyes serta beberapa jenama lain yang menunjukkan prestasi cemerlang menerusi TikTok Shop Mall.
Bagi usahawan yang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang peluang dan manfaat program TikTok Shop Mall, maklumat lanjut boleh diperoleh melalui TikTok Shop Academy.
Ringkasan AI
- TikTok Shop mengumumkan komitmen untuk memperhebat sokongan kepada jenama tempatan dan antarabangsa menerusi penganjuran lebih 1,000 sesi All-Star LIVE di Malaysia sepanjang 2026.
- Inisiatif ini memfokuskan sokongan kepada jenama yang menyertai program TikTok Shop Mall, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan untuk berkembang, membina jenama yang diyakini pengguna dan berhubung secara langsung dengan jutaan pelanggan di seluruh negara.
- All-Star LIVE ialah sesi penstriman langsung premium yang menggabungkan elemen hiburan dan beli-belah secara interaktif. Ia dibangunkan serta dipromosikan oleh TikTok Shop dengan kerjasama selebriti terkenal dan pencipta afiliasi berprestasi tinggi, membantu perniagaan daripada pelbagai skala memperluas capaian serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu jenama.