BISNES
TimeTec Parking perluas parkir pintar tanpa tunai bersama FlexiParking
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LITS, Lai Thiam Sin (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengasas dan CEO TimeTec, Teh Hon Seng (dua kanan). - Foto TimeTec
KUALA LUMPUR: TimeTec Parking, peneraju dalam penyelesaian parkir pintar, kini bekerjasama dengan FlexiParking bagi memudahkan pengguna menikmati pengalaman parkir tanpa tunai dan tanpa sentuh melalui integrasi sistem eWallet Direct di lokasi parkir berpalang seluruh negara sejak September lalu.
Ringkasan AI
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd (LITS), Lai Thiam Sin, memaklumkan sejak 1 September, pihaknya telah mula menambah lokasi secara berperingkat dan menyasarkan lebih 50 tapak Pengecaman Nombor Plat (LPR) dalam tempoh enam bulan.
Menurut beliau, sistem baharu ini membolehkan pemandu hanya memandu masuk dan keluar dari kawasan parkir, dengan caj ditolak secara automatik daripada kredit dalam aplikasi FlexiParking.
“Pengguna hanya perlu aktifkan pilihan LPR dalam aplikasi untuk kenderaan yang didaftarkan bagi menikmati parkir automatik yang lancar,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa aplikasi tersebut kini mempunyai lebih lima juta pengguna berdaftar.
Majlis menandatangani perjanjian eksklusif antara kedua-dua pihak telah berlangsung di Ibu Pejabat TimeTec Parking baru-baru ini.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TimeTec, Teh Hon Seng, berkata pihaknya telah giat mempromosikan konsep parkir tanpa tunai dan tanpa sentuh sejak dua tahun lalu.
Beliau yakin integrasi bersama FlexiParking akan memperkukuh asas pengguna dan mempercepatkan pelaksanaan rancangan menjadikan sistem parkir sebagai pintu masuk digital kepada pembangunan ekosistem pintar.
“Pengguna akan menikmati keselesaan parkir, manakala pengendali dan pemilik bangunan mendapat manfaat daripada kadar MDR yang lebih rendah serta jaminan pendapatan yang stabil,” jelasnya.
Tambah Hon Seng, teknologi LPR kini mencapai ketepatan 99.97 peratus dan semakin diterima secara meluas.
Beliau menjangkakan sekurang-kurangnya 1,000 lokasi parkir akan menggunakan sistem eWallet Direct menjelang tahun hadapan.
Ringkasan AI
- TimeTec Parking bekerjasama dengan FlexiParking untuk melancarkan sistem eWallet Direct di lokasi parkir berpalang seluruh negara, membolehkan caj ditolak secara automatik melalui aplikasi.
- Lebih 50 tapak Pengecaman Nombor Plat (LPR) disasarkan dalam enam bulan, dengan ketepatan teknologi mencecah 99.97 peratus dan potensi perluasan ke 1,000 lokasi menjelang tahun hadapan.
- Sistem ini dijangka meningkatkan keselesaan pengguna serta memberi kelebihan kepada pengendali parkir melalui kadar MDR yang lebih rendah dan pendapatan yang lebih stabil.