BUSINESS
TM salur RM1.5 bilion kepada pemegang kepentingan sokong pertumbuhan jangka panjang
TM melihat dirinya sebagai pemudah cara kemajuan negara, memacu transformasi digital yang inklusif bagi memperkasa perusahaan, memperkasa komuniti dan mengukuhkan daya tahan ekonomi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengembalikan nilai sekitar RM1.5 bilion yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak berkepentingan melalui pembayaran dividen serta sumbangan yang menyokong kemajuan sosioekonomi negara pada tahun kewangan 2024.
Syarikat itu menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata ia mengutamakan pelaburan strategik untuk pertumbuhan perniagaan, pembangunan komuniti, program impak sosial dan pembangunan warga kerja, sekali gus menjana kesan berganda kepada ekonomi negara secara menyeluruh.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Putih berkata TM melihat dirinya sebagai pemudah cara kemajuan negara, memacu transformasi digital yang inklusif bagi memperkasa perusahaan, memperkasa komuniti dan mengukuhkan daya tahan ekonomi.
"Kami selari dengan visi ini, kekal tangkas, memperluas keupayaan kami dan menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan perkhidmatan, agar Malaysia kekal di barisan hadapan dalam ekonomi digital," katanya.
Melangkaui keuntungan, TM komited untuk memacu keterangkuman digital untuk semua termasuk memupuk bakat masa hadapan, memperkasa komuniti dan memperluaskan akses digital yang inklusif di seluruh negara.
Sementara itu, kumpulan tersebut berkata dalam operasi pusat datanya, TM menggunakan 50 peratus tenaga daripada sumber boleh diperbaharui serta melaksanakan sistem penakungan dan kitar semula air untuk penjimatan sumber air.
"TM turut menyasarkan penanda aras global dengan sasaran Power Usage Effectiveness (PUE) sebanyak 1.4 bagi projek perkembangan pusat data, manakala fasiliti baharu akan datang di Johor yang dibangunkan bersama Nxera Singtel menyasarkan capaian PUE yang lebih rendah," kata syarikat itu.
TM berkata 2024 menandakan tahun pertama pelaksanaan strategi Pioneer, Win, and Revitalise (PWR 2030) pelan hala tuju TM untuk menjadi Kuasa Digital menjelang 2030 serta meletakkan Malaysia sebagai hab digital ASEAN.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TM Amar Huzaimi Md Deris berkata kumpulan itu kekal fokus untuk mencipta nilai jangka panjang sambil memberi impak bermakna kepada negara
"Ketika kita melangkah ke fasa seterusnya, setiap inisiatif yang dilaksanakan membawa kita semakin hampir untuk menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030, aspirasi yang mendorong kemajuan negara, menyemarakkan inovasi dan memastikan Malaysia kekal di barisan hadapan ekonomi digital global," katanya.
-- BERNAMA