awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital

Bernama
Bernama
03/11/2024
20:45 MYT
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM menyasarkan untuk menjadi sebuah kuasa digital menjelang 2030 serta komited memainkan peranan penting dalam membina negara digital. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan berkaitan rangkaian 5G kedua baru-baru ini, selain menegaskan komitmen syarikat untuk meningkatkan manfaat teknologi 5G bagi rakyat, perniagaan serta negara.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini mengumumkan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua negara selepas melakukan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial.
Dalam satu kenyataan semalam. TM berkata pihaknya percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
"Kami kekal untuk memberi tumpuan dalam menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian 5G kepada pengguna dan segmen perniagaan kami.
"Keutamaan TM adalah bagi memastikan semua pelanggan terus mendapat akses lancar ke atas perkhidmatan dan ekosistem 5G yang boleh dipercayai," katanya.
Pada masa sama, syarikat itu menyasarkan untuk menjadi sebuah kuasa digital menjelang 2030 serta komited memainkan peranan penting dalam membina negara digital, terus menyokong ekosistem 5G dan memacu inovasi digital untuk semua rakyat negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#rangkaian 5G kedua
#MCMC
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan