TM tidak rancang tamatkan perkhidmatan Streamyx

Bernama
Disember 15, 2015 23:18 MYT
Kami ingin memberi jaminan bahawa Streamyx akan kekal dalam portfolio jalur lebar kami.
Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan penjelasan tentang satu artikel bertajuk "TM said to terminate Streamyx services" (TM dikatakan bakal menamatkan perkhidmatan Streamyx) yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian pada Selasa.
"Artikel yang disiarkan hari ini (Selasa) mengelirukan kerana kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan perkhidmatan Streamyx kami.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa Streamyx akan kekal dalam portfolio jalur lebar kami dan TM komited menyediakan kepada orang ramai perkhidmatan jalur lebar yang paling dipercayai," kata syarikat itu.
#jalur lebar #Streamyx #Telekom Malaysia #TM