KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Mohd Yaakob Jaafar berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih lagi menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat utiliti elektrik Sabah itu.
Justeru, beliau berkata, orang ramai perlu faham SESB masih belum diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah yang ketika ini memiliki 17% saham syarikat berkenaan walaupun telah mengambil alih kawal selia bekalan elektrik di negeri itu.
Mohd Yaakob berkata, pihaknya hanya bertanggungjawab untuk kawal selia ke atas pengurusan industri elektrik di Sabah manakala pemulangan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada kerajaan negeri itu adalah melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).
SESB akan terus komited untuk memastikan pengguna terus menerima bekalan elektrik yang mampan pada kadar yang munasabah. SESB akan berada di bawah seliaan dua pengawal selia iaitu Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan ECoS.
"Tetapi misi dan visi SESB masih tetap sama iaitu memberikan perkhidmatan bekalan yang berdaya harap kepada semua rakyat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Mohd Yaakob berkata, pengambilalihan kawal selia ke atas bekalan elektrik oleh Sabah adalah selari dengan pelbagai inisiatif berkaitan yang telah dirancang serta dilaksanakan dan membolehkan kerajaan negeri terlibat secara langsung dengan aktiviti industri gas dan minyak bagi manfaat rakyat Sabah.
Semalam, persidangan khas Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) bagi memberi ruang kepada negeri itu untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan.
Ia membabitkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024, dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024, lapor Bernama.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika menggulung perbahasan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024 berkata kerajaan negeri sedang merancang untuk mengambil alih SESB dalam tempoh tujuh tahun dan ketika ini, 83% sahamnya dimiliki TNB. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 05 2024
SESB akan terus komited untuk memastikan pengguna terus menerima bekalan elektrik yang mampan pada kadar yang munasabah. - Foto DagangNews
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
Pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal.
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
TNB cipta sejarah rangkul gelaran 'treble' buat julung kali
TNB melengkapkan musim 2024 dengan bergaya apabila memenangi kejuaraan ketiga selepas menewaskan juara bertahan THT 4-2.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Megat Jalaluddin mulakan tugas sebagai Presiden dan CEO TNB
Megat Jalaluddin yang sebelum ini memegang jawatan COO TNB, menggantikan Baharin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 29 Feb 2024.
TNB sasar ganti 30 peratus kenderaan dengan EV menjelang 2030
TNB komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada EV.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.