KUALA LUMPUR:Beliau mungkin dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya, terutamanya taikun dalam industri penerbangan namun tidak langsung kekok menjadi penghantar makanan.
Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis berkongsi sisi lain dirinya yang mungkin tidak begitu biasa dilihat sebelum ini.
Menerusi laman Instagram beliau, Tony berkongsikan gambarnya yang memakai baju-T berwarna putih, berdiri bersebelahan motosikal perkhidmatan penghantar makanan.
“Getting ready to make food deliveries to your house. (Bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda.)” tulisnya dalam status tersebut.
Beliau turut berkongsikan gambar beg makanan tersebut yang tertulis ‘airasia.com/food’, antara perkhidmatan terbaru disediakan AirAsia untuk pelanggan.
Status tersebut mendapat respons positif warganet dan setakat artikel ini ditulis, status tersebut sudah mendapat lebih 7,000 tanda suka dan hampir 200 komen.
Industri penerbangan antara yang menerima kesan paling buruk akibat COVID-19.
Beberapa syarikat baik di dalam mahupun luar negara terpaksa mengecilkan operasi dan memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian.
Keputusan banyak negara menutup sempadan negara memburukkan lagi keadaan.
Ridauddin Daud
Thu Nov 12 2020

Fernandes bersiap-sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda. - Instagram @tonyfernandes

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Lima NGO terima sumbangan RM750,000 meskipun perlawanan skuasy amal ditunda
Sumbangan sejumlah RM750,000 yang dikumpul menerusi perlawanan skuasy amal Battle of the Bulge diserahkan kepada lima NGO yang aktif membantu golongan kurang berkemampuan sejak pandemik COVID-19.

Tony Fernandes jadi penghantar makanan pula...
Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis berkongsi sisi lain dirinya yang mungkin tidak begitu biasa dilihat sebelum ini.

Kempen AirAsia 'Derma Dengan Ikhlas' berjaya kumpul lebih RM775,000
Anggota masyarakat disaran memanfaatkan platform digital 'Derma Dengan Ikhlas' untuk melakukan sumbangan kepada yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.

Kumpulan AirAsia perbadankan subsidiari di Thailand
AirAsia Group Bhd berkata jumlah modal saham yang diterbitkan AAGIHQ adalah sebanyak THB20 juta (RM2.5 juta) merangkumi 200,000 saham biasa.