BUSINESS

Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X

Bernama 31/10/2022 | 12:22 MYT
Syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.
Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.
AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022.
-- BERNAMA
#Airasia X #Tony Fernandes #letak jawatan #AAX