BISNES
Top Glove kembali untung dengan keuntungan bersih RM109 juta bagi tahun kewangan 2025
Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM109.07 juta. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM109.07 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2025 daripada kerugian bersih sebanyak RM64.88 juta pada tahun sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pengeluar sarung tangan itu berkata hasil kumpulan meningkat sebanyak 39 peratus tahun ke tahun kepada RM3.49 bilion daripada RM2.51 bilion sebelumnya.
Top Glove juga mengisytiharkan dividen akhir sebanyak RM38.5 juta bagi tahun kewangan 2025 yang akan dibayar pada 15 Dis, 2025.
Pengarah Urusannya Lim Cheong Guan berkata kumpulan itu mencatatkan lagi satu suku yang menguntungkan bagi menutup tahun kewangan 2025 dengan kedudukan yang kukuh.
"Prestasi kami yang diperkukuhkan dicapai melalui pelaksanaan disiplin terhadap inisiatif kualiti dan kecekapan kos yang strategik serta disokong oleh komitmen tidak berbelah bahagi daripada para pekerja kami.
"Usaha-usaha ini menyediakan asas yang kukuh dan meletakkan Top Glove untuk meraih manfaat daripada pemulihan permintaan sarung tangan sambil memacu pertumbuhan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi suku keempat yang berakhir 31 Ogos 2025, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM38.56 juta daripada kerugian bersih sebanyak RM6.64 juta pada suku yang sama tahun lepas manakala hasil meningkat tujuh peratus kepada RM889.6 juta daripada RM833.74 juta.
Prestasi yang lebih baik itu disebabkan terutamanya permintaan sarung tangan yang lebih kukuh yang terus menunjukkan peningkatan sepanjang tahun kewangan 2025.
Top Glove berkata, pengurusan kos yang diperkukuhkan membolehkan penetapan harga yang lebih kompetitif serta meningkatkan jumlah jualan dan meningkatkan penggunaan kapasiti kepada kira-kira 75 peratus daripada kapasiti operasi pada Ogos 2025.
"Peningkatan operasi yang terhasil meningkatkan kecekapan kos manakala harga bahan mentah yang menggalakkan membantu mengurangkan kesan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS).
"Keuntungan ini, disokong oleh inisiatif yang berterusan untuk mengoptimumkan kualiti dan kecekapan kos sekali gus membolehkan Top Glove menghasilkan keputusan yang lebih kukuh," kata syarikat itu.
Melangkah ke hadapan, Top Glove berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya di peringkat global dengan tumpuan yang jelas untuk memperluaskan pegangan pasaran di AS secara ketara menjelang tahun kewangan 2026.
Memandangkan permintaan sarung tangan terus meningkat, Top Glove berkata ia kekal komited kepada kecemerlangan operasi dan kepuasan pelanggan selain meletakkan syarikat dalam kedudukan untuk mengekalkan pertumbuhan serta meraih semula kepimpinan pasaran pada tahun-tahun akan datang.
"Kumpulan ini berada dalam kedudukan yang baik untuk membina kejayaan tahun kewangan 2025 selain memulihkan semula pengaruhnya dalam industri sehingga mencapai pertumbuhan mampan pada tahun kewangan 2026 dan seterusnya," kata Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Dr Lim Wee Chai.
-- BERNAMA