BUSINESS
Top Glove sedia 9,000 peluang pekerjaan bagi 2021
Peluang pekerjaan dilaksanakan syarikat dijangka mampu membantu mengecilkan jurang pengangguran negara.
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menyediakan 9,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia tahun ini, termasuk kepada graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Ia merupakan usaha berterusan pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu khususnya dalam tempoh mencabar ketika ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Lee Kim Meow berkata langkah yang dilaksanakan syarikat itu dijangka mampu membantu mengecilkan jurang pengangguran negara berikutan penularan pandemik COVID-19.
“Pandemik COVID-19 menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Justeru kami komited merancakkan kempen pengambilan pekerja pada tahun ini menerusi pelaksanaan pelbagai pameran kerjaya secara maya.
“Langkah ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam memberi fokus kepada pengambilan pekerja dari kalangan rakyat tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Niaga AWANI di sini baru-baru ini.

#TopGlove
#PeluangPekerjaan
#PembangunanKarier
#TVET
#graduan
#PasaranPekerjaan
#FortuneGlobal500
#AI
#kecerdasanbuatan
#robotik