awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota perkenal prototaip GR GT dan kereta perlumbaan untuk pelancaran 2027

Bernama
Bernama
05/12/2025
22:45 MYT
Toyota perkenal prototaip GR GT dan kereta perlumbaan untuk pelancaran 2027
Toyota memperkenalkan kereta berkuasa tinggi terbaharunya, GR GT, dan kereta lumba GR GT3, di Jepun, pada Jumaat. - Foto Kyodo News Agency via Bernama
NAGOYA (Jepun): Toyota Motor Corp. pada Jumaat memperkenalkan prototaip kereta berkuasa tinggi terbaharunya, GR GT, dan kereta lumba GR GT3 buat pertama kali, kedua-duanya dijadualkan dilancarkan sekitar 2027, lapor Agensi Berita Kyodo.

Ringkasan AI
  • Toyota Motor Corp. memperkenalkan prototaip kereta berkuasa tinggi, GR GT, dan kereta lumba GR GT3 yang dijadualkan dilancarkan pada 2027.
  • GR GT merupakan kereta berkuasa tinggi pertama Toyota sejak pelancaran Lexus LFA pada 2010, serta diletakkan sebagai model tertinggi dalam rangkaian kereta sport syarikat itu.
  • Toyota merancang untuk meneruskan pembangunan kereta berkuasa tinggi bagi memastikan warisan teknologi dan kepakaran pembuatan kepada generasi akan datang.

GR GT membuat penampilan sulung di Woven City, tapak ujian mobiliti berskala bandar milik syarikat itu di Susono, Wilayah Shizuoka. Ia merupakan kereta berkuasa tinggi pertama Toyota sejak pelancaran Lexus LFA pada 2010, dan diletakkan sebagai model tertinggi dalam rangkaian kereta sport syarikat itu.
Model itu akan dibangunkan di bawah jenama GR, manakala kereta lumba GR GT3 turut dibangunkan berasaskan GR GT.
Harga bagi kedua-dua model berkenaan belum diumumkan.
Syarikat itu berkata ia merancang untuk membangunkan kereta berkuasa tinggi secara berterusan bagi memastikan teknologi dan kepakaran pembuatan dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.
Pada acara pelancaran, Pengerusi Toyota Akio Toyoda mengibaratkan teknologi dan pengetahuan itu sebagai perasa masakan, sambil menyatakan hasrat untuk mewariskan "sos rahsia" pembuatan kereta dan mengamanahkan proses pembuatan itu kepada rakan setara.
Selain dua prototaip itu, Lexus turut memperkenalkan Lexus LFA Concept, sebuah kereta sport elektrik bateri, buat pertama kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Toyota
#kereta berkuasa tinggi
#kereta lumba
#GR GT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan