awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM gesa diaspora Cina global melabur di Malaysia

Bernama
Bernama
13/11/2017
13:45 MYT
TPM gesa diaspora Cina global melabur di Malaysia
Ahmad Zahid mengesa diaspora Cina global untuk melabur di Malaysia. - Foto Bernama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa diaspora Cina global untuk melabur di Malaysia.
"Saya berharap, lebih ramai pelabur Hong Kong akan mempertimbangkan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan dan menggunakan Malaysia sebagai batu loncatan ke negara lain di ASEAN, terutama dengan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong.
"Kami boleh menjadi gerbang anda ke pasaran ASEAN yang bernilai US$620 juta dengan gabungan keluaran dalam negara kasar US$2.3 trilion, menjadikan ASEAN ekonomi ketujuh terbesar dunia," katanya kepada peserta Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia Kesembilan di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu juga mengulangi penghargaan kerajaan terhadap masyarakat Cina di Malaysia.
Menurutnya, Cina Malaysia telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi Malaysia sejak 60 tahun lalu dengan terbabit dalam semua bidang kehidupan dan telah mencapai kejayaan cemerlang dalam semua aktiviti.
Sidang kemuncak dua hari bertema 'Mengurus Ketidaktentuan Global: Meneroka Peluang Baharu' itu telah mengumpul pemimpin kerajaan, perniagaan dan ahli akademik untuk memperingati dan meraikan ulang tahun ke-20 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong akan melengkapi Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Cina
#ekonomi
#Global
#pelaburan
#Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong
#Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN
#Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia Kesembilan
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan