Cabaran terbesar Indonesia untuk menyertai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ialah perusahaan milik negaranya, yang menyumbang sebahagian besar kepada ekonomi negara tersebut.
Perjanjian perdagangan mega itu tidak mesra perusahaan milik negara dan justeru itu Indonesia perlu membuat beberapa penyesuaian berkaitan perkara tersebut, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Sofyan A Djalil.
"Isu lain ialah pemerolehan kerajaan, yang merupakan satu daripada isu paling utama yang dibincangkan dalam TPP," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Ke-10 di sini, hari ini.
Indonesia, yang melahirkan minat untuk menyertai perjanjian perdagangan mega itu ketika ini sedang mengkaji perjanjian tersebut secara terperinci, kata Sofyan, sambil menambah sekiranya negara berkenaan mahu menjadi lebih kompetitif ia seharusnya dibenarkan mempunyai akses pasaran terbuka bagi produknya.
"Ketika ini, Indonesia telahpun memiliki Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) tetapi sekiranya republik itu mahu mengembangkan lagi pasarannya, ia perlu menyertai TPP. AFTA hanya di rantau ini," katanya.
Dalam persekitaran global yang mencabar, beliau berkata sesebuah negara perlu lebih kukuh dari segi membukakan pasaran mereka kepada peluang pelaburan untuk kekal berdaya saing.
Sekiranya Indonesia tidak menyertai perjanjian itu, Sofyan berkata negara tersebut mungkin menjadi kurang kompetitif dari segi memasarkan produknya ke seluruh dunia, terutamanya ke pasaran TPP.
Selain AFTA, beliau berkata Indonesia juga mempunyai FTA dengan Jepun dan China, serta sedang hampir memuktamadkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.
Negara-negara TPPA iaitu Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam dan Malaysia menyumbang hampir 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.
Sofyan berkata proses menyertai perjanjian itu mungkin mengambil masa satu atau dua tahun kerana Indonesia perlu mempersiapkan diri sendiri serta membuat penyelarasan yang perlu dalam ekonomi dan perkara lain untuk disesuaikan ke dalam perkongsian tersebut.
Bernama
Fri Dec 04 2015
TPP tidak mesra perusahaan milik negara dan justeru itu Indonesia perlu membuat beberapa penyesuaian berkaitan perkara tersebut.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.