Potensi untuk lebih banyak akses kepada negara-negara yang Malaysia belum memeterai perjanjian perdagangan, pelaburan dan penggunaan standard antarabangsa antara lapan alasan kukuh untuk kerajaan memilih perjanjian perdagangan penting - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia juga mengenai menghantar isyarat yang betul kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara mesra perniagaan dan terbuka, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J. Jayasiri.
TPPA terdiri daripada 12 negara - Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Beliau berkata Malaysia tidak mempunyai perjanjian berkaitan perdagangan dengan Kanada, Amerika Syarikat, Mexico dan Peru.
Empat buah negara ini menghapuskan hampir 90 peratus daripada tarif mereka dan menjadi sebahagian daripada perjanjian itu akan memberi akses utama kepada Malaysia ke negara-negara tersebut, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada perbincangan meja bulat, 'What does the TPPA mean for Malaysia?', anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di sini hari ini.
Tadbir urus
Jayasiri, yang juga ketua perunding Malaysia untuk TPPA berkata perjanjian itu juga akan memastikan liberalisasi, perlindungan dan pemudahan pelaburan, penggunaan standard antarabangsa dalam buruh dan alam sekitar serta tadbir urus yang baik.
"Agensi penarafan akan melihat kepada tadbir urus yang baik, apabila menilai prospek negara," katanya.
Malaysia juga akan menikmati kelebihan sebagai penggerak pertama dengan negara-negara TPPA lain dalam mengiktiraf peraturan dan tindakan tegas negara.
Semua isu sukar mempunyai tempoh peralihan, fleksibiliti dan perlindungan.
Antaranya, katanya Malaysia mengiktiraf halal sebagai sesuatu yang diperlukan untuk tujuan agama.
"Jika sesebuah negara memilih untuk tidak menyertainya, ia menunjukkan bahawa ia tidak dapat berunding standard tinggi dalam FTA. Eropah menyaksikannya, jika Malaysia tidak dapat menerima keputusan TPPA, tidak akan ada FTA dengan Eropah," tegas beliau.
TPPA dijangka dimeterai di New Zealand pada Februari dan dalam konteks Malaysia, Parlimen akan memberi kelulusan mengenai perjanjian itu.
Katanya terdapat pertanyaan daripada pelabur bukan ahli TPPA untuk mewujudkan kemudahan pembuatan di Malaysia berikutan mereka mahu mengakses antaranya ke pasaran Amerika Syarikat, katanya.
Jayasiri berkata jika Malaysia bukan sebahagian daripada TPPA, bakal pelabur akan memilih negara-negara jiran lain yang menjadi sebahagian daripada perjanjian itu.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai 13 perjanjian perdagangan bebas yang mewakili 65 peratus daripada perdagangan global. Negara-negara TPPA menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.
Bernama
Thu Nov 26 2015

Malaysia tidak mempunyai perjanjian berkaitan perdagangan dengan Kanada, Amerika Syarikat, Mexico dan Peru. - Foto Astro AWANI

PdPR | Nenek belajar kuasai teknologi demi bantu cucu
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PdPR memaksa seorang nenek kepada 5 cucu di Johor untuk menguasai sistem pembelajaran norma baharu. Halimah Mohd Dan berkata, beliau terpaksa melakukannya, bagi memastikan pendidikan cucunya tidak terganggu susulan pelaksanaan PKP.

PdPR | Medium komunikasi berbeza oleh guru antara cabaran PdPR
Penggunaan medium komunikasi berbeza oleh guru setiap subjek menjadi antara cabaran dihadapi ibu bapa dan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) yang bermula pada Rabu.

PdPR | Satu cabaran hebat buat warga pendidik
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PdPR merupakan satu cabaran hebat buat warga pendidik. Ini khasnya bagi guru yang mengendalikan pelajar yang beralih dari pengajian tadika, ke darjah satu.

COVID-19: Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi - Ipsos
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, tekanan tersebut hadir daripada perubahan rutin selain tekanan keluarga.

Nyanyian Lady Gaga dipuji, tapi Amanda Gorman lebih menyinar
Amanda Gorman, 22, merupakan penyajak termuda yang dijemput dalam acara angkat sumpah presiden AS.

Proklamasi darurat | Bukan ingkar, hanya minta kaji semula - Jazlan
Tindakan segelintir Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat bukan satu tindakan ingkar. Sebaliknya kata Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, ia menjadi hak ahli parlimen untuk meminta proklamasi tersebut dikaji semula.

'Mungkin bagi kita satu pek makanan itu tiada apa-apa..' - Islamic Relief Malaysia
Agihan bantuan diberikan berdasarkan beberapa penilaian yang dibuat oleh IRM, mengikut lokasi-lokasi tertentu di seluruh negara.

AWANI Ringkas: Darurat | Tindakan Ahli Parlimen bukan derhaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!
Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri itu yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.

MAA | Jualan kenderaan merosot 12.4 peratus pada 2020
Di sebalik cabaran dalam sektor ekonomi, industri automotif menunjukkan jualan kenderaan yang memberansangkan susulan pelaksanaan pakej ekonomi yang diumum kerajaan.

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 151.6 peratus tahun ke tahun kepada RM16.82 bilion pada November
Eksport meningkat 4.3 peratus kepada RM84.43 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi tiga bulan berturut-turut.

Singapura, UK tandatangani FTA
Singapura dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan antara kedua-dua negara.

COVID-19: Singapura kekal terbuka walaupun dunia ke arah dasar perlindungan
Chan juga menyatakan Singapura sedang membina rangkaian perkongsian ekonomi digital.

Perjanjian dagangan pasifik bermula hari ini, Malaysia belum sertai
Malaysia bersama tiga negara lain, Chile, Brunei dan Peru akan melaksanakan CPTPP 60 hari selepas ia diratifikasi.

Malaysia, EU akan meterai PCA pada Januari 2019
Malaysia akan melihat perdagangan dua hala dan pelaburan dengan lebih meluas apabila PCA ditandatangani dengan EU, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ASEAN-EU berusaha pulihkan rundingan FTA
ASEAN dan pihak Kesatuan Eropah (EU) berusaha sedaya upaya untuk meninjau kemungkinan menghidupkan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA).

FTA dengan Sri Lanka akan mudahkan eksport produk Malaysia
Produk dan perkhidmatan dari Malaysia dapat menembusi pasaran di Sri Lanka dengan mudah jika kedua-dua negara dapat menjalin Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Malaysia timbang FTA dengan AS jika TPPA tidak jadi - PM Najib
Pada masa ini, Malaysia dan AS komited untuk meneruskan dialog dua hala bagi membincangkan isu perdagangan dan pelaburan.

Rundingan memuktamadkan RCEP dijangka selesai akhir 2017
Malaysia komited dalam meneruskan rundingan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang melibatkan 16 negara.

TPPA: Lupakan atau teruskan, mana lebih baik?
Selepas lima tahun dan 19 pusingan proses rundingan, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya gagal dimuktamadkan