awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
220 projek pertanian diluluskan di bawah program optimum penggunaan tanah
MALAYSIA
Rafizi desak AGC segera fail semula pertuduhan SRC International terhadap Najib
SUKAN
Piala Dunia Kelab: Juara Eropah tumpas di tangan Botafogo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Transformasi Astro mula menampakkan hasil, pakej Astro One pacu pertumbuhan pelanggan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/06/2025
01:00 MYT
Transformasi Astro mula menampakkan hasil, pakej Astro One pacu pertumbuhan pelanggan
Pakej Astro One menawarkan gabungan kandungan tempatan dan antarabangsa serta akses kepada 16 aplikasi penstriman termasuk Amazon Prime dan Sun NXT, semuanya dalam satu platform.
KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad memulakan tahun kewangan 2026 dengan prestasi memberangsangkan apabila penambahan kasar pelanggan TV Berbayar meningkat sebanyak 17 peratus tahun ke tahun (YoY), didorong oleh sambutan positif terhadap pakej baharu Astro One.
Pakej tersebut menawarkan gabungan kandungan tempatan dan antarabangsa serta akses kepada 16 aplikasi penstriman termasuk Amazon Prime dan Sun NXT, semuanya dalam satu platform.
Tawaran istimewa turut diperkenalkan kepada 1.6 juta penjawat awam dengan harga serendah RM39.99 sebulan.
Selain memperkukuh perniagaan teras, Astro turut mencatat pertumbuhan dalam segmen berkaitan seperti sooka, Enterprise dan Astro Fibre.
Platform penstriman sooka hampir menggandakan jumlah pelanggan berbayar sebanyak 97 peratus YoY, manakala hasil Enterprise meningkat 18 peratus, didorong oleh permintaan terhadap pakej komersial BizOne.
Astro Fibre pula mencatat pertumbuhan pelanggan sebanyak 11 peratus, dengan sambutan terhadap tawaran 500Mbps pada harga RM90.
Musim Ramadan dan Raya menyaksikan kandungan Astro mencapai 27.2 juta penonton TV.
Drama 'Dia Imamku' muncul sebagai Program Hiburan Nombor 1 dengan 8.3 juta penonton dan 14.6 juta tontonan On Demand.
Lagu Raya 'Meriah Lain Macam' oleh Nadeera Zaini dan Hael Husaini pula menjadi Lagu Melayu No.1 Paling Banyak Distrim di Malaysia, dengan lebih 19 juta tontonan di YouTube.
Astro turut memperkukuh industri filem tempatan melalui kerjasama strategik seperti filem Keluang Man bersama Wonda Coffee, yang menyaksikan hampir tiga juta tin kopi edisi terhad dijual.
Di peringkat serantau, Astro bekerjasama dengan Night Edge Pictures untuk menerbitkan filem seram Thailand, serta meneroka penceritaan baharu melalui filem Abah Saya Uncle Mike.
Dalam segmen pengiklanan (ADEX), hasil menurun sebanyak 20 peratus YoY berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Namun, Astro kini memfokuskan kepada pengiklan lebih berdaya tahan seperti PMKS dan jenama tempatan, serta memperkukuh capaian rentas platform melalui pendekatan sebagai “Syarikat Perhatian”.
Dari segi kewangan, Astro mencatatkan hasil sebanyak RM703 juta, EBITDA RM158 juta dan PATAMI RM13 juta bagi suku tersebut, dengan aliran tunai bebas sebanyak RM136 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith berkata, tempoh mencabar ini menguji daya tahan Astro dan kekuatan terletak pada kandungan.
"Kini, 82 peratus masa tontonan di Astro diperuntukkan kepada program tempatan dan vernakular. Kandungan adalah nadi kepada segala yang kami lakukan.”
“Kami terus menghasilkan lebih 10,000 jam kandungan baharu setiap tahun, daripada Astro Originals hingga drama ikonik dan rancangan variasi. Kami juga melangkaui skrin ke radio, digital dan pengalaman fizikal seperti konsert dan festival.”
“Sungguhpun dalam suku lebih perlahan, kami sedang meletakkan asas bagi prestasi yang lebih kukuh pada masa hadapan. Kami kekal berdisiplin, fokus dan komited dengan haluan kami - menambah pelanggan baharu, memperkukuh perniagaan berkaitan dan mengurangkan kos legasi sedaya mungkin," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Komitmen terhadap ESG turut terserlah apabila Astro menerima pengiktirafan di Asia-Pacific Broadcasting+ Awards 2025 melalui drama 'Dari Mata Turun Ke Hati', yang menampilkan audio description untuk golongan kurang upaya penglihatan.
Astro juga menyalurkan bantuan kepada keluarga terjejas akibat banjir dan menyumbang beg sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan.
Topic Berkaitan
#Astro
#tahun kewangan 2026
#aplikasi penstriman
#CEO Astro
#Euan Daryl Smith
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami