BISNES
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Amirul Feisal menjawab soalan wartawan pada sidang media Ulasan Tahunan Khazanah 2026, pada Selasa.
KUALA LUMPUR : Usaha transformasi yang dilaksanakan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mula menunjukkan hasil positif apabila pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang negara meningkat 11.2 peratus tahun ke tahun kepada 104.4 juta penumpang.
Peningkatan itu disokong kemasukan 15 syarikat penerbangan baharu yang memulakan perkhidmatan ke Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan serantau dan antarabangsa.
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, penyempurnaan penswastaan MAHB merupakan pelaburan jangka panjang seiring usaha memperkukuh infrastruktur strategik negara.
“Kami menilai prestasi berdasarkan pandangan jangka panjang dengan pendekatan portfolio, selaras dengan amalan dana kekayaan berdaulat terkemuka dunia yang menekankan daya tahan merentas kitaran ekonomi,” katanya ketika sidang media Ulasan Tahunan Khazanah 2026, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut disenarai sebagai lapangan terbang teratas Asia Pasifik dalam laporan OAG Megahubs 2025.
"Ia menduduki tempat keempat bersama di peringkat global serta mengekalkan kedudukannya sebagai Megahub syarikat penerbangan tambang rendah (“LCC”) terkemuka dunia," ujarnya.
Dalam pada itu, sokongan strategik Khazanah dalam memperkukuh kesalinghubungan negara dilihat memberi kelebihan kepada Malaysia Aviation Group (MAG) untuk merancang pertumbuhan jangka panjang dalam persekitaran operasi yang semakin kondusif.
Amirul Feisal berkata, usaha memperkukuh kesalinghubungan merupakan antara keutamaan strategik Khazanah dalam menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara.
“Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, Khazanah kekal komited untuk menumbuhkan kekayaan jangka panjang negara melalui pendekatan pelaburan berdisiplin, di samping menyokong ekosistem strategik seperti penerbangan," katanya lagi.