KUALA LUMPUR: Trend makro membentuk semula industri perbankan yang dinamik dan berdasarkan persekitaran berubah dengan sangat cepat, terdapat keperluan untuk industri bertindak segera dalam menyesuaikan dengan perubahan tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) Datuk Seri Abdul Farid Alias berkata industri berdepan dengan trend penurunan kadar faedah sejak krisis kewangan global pada 2008 dan kini dengan impak daripada pandemik dan dasar pro pertumbuhan, bank dijangka menyokong pemulihan ekonomi.
"Oleh itu, industri perbankan masih mencatatkan margin faedah yang terhad walaupun ia mungkin berubah tidak lama lagi apabila kadar inflasi meningkat.
"Bagaimanapun, buat sementara waktu, bank perlu mempelbagaikan aliran pendapatan, untuk mengimbangi gabungan pendapatan faedah dan pendapatan berasaskan fi," katanya pada sesi ceramah teknologi pada Minggu MyFintech 2022 bertemakan Ke Arah Landskap Kewangan yang Dipertingkatkan secara maya hari ini.
Beliau berkata dari segi pemisahan geopolitik, dunia terus melihat kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dan teknologi yang mencabar status quo.
Dengan ketegangan AS-China dijangka berterusan, katanya pasaran menyaksikan peningkatan dalam pelaburan langsung asing di ASEAN-6 apabila syarikat beralih untuk mempelbagaikan produk dan rantaian bekalan mereka.
"Ini akan memberi impak kepada permintaan global, perdagangan dan pelaburan antarabangsa serta dinamik geopolitik pada masa depan," katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya peningkatan ekonomi digital turut mengubah landskap kewangan dengan ASEAN menjadi ekonomi Internet yang paling pesat berkembang di dunia menyaksikan 60 juta pengguna digital baharu sejak pandemik, diterajui oleh Thailand dan Filipina.
"Sebanyak 80 peratus daripada pengguna Internet di ASEAN merupakan pengguna digital dalam platform e-dagang, perjalanan, media, pengangkutan dan makanan memacu pertumbuhan perbelanjaan dalam talian digital di rantau ini sebanyak 49 peratus pada 2021 kepada US$274 bilion.
"Oleh itu, syarikat kini berubah bentuk apabila ia berubah untuk kekal relevan dengan mengguna pakai persekitaran kerja hibrid.
"Kami melihat ledakan dalam pemain digital, menggunakan model perniagaan baharu dan hanya boleh menjangka lebih banyak inovasi dan gangguan pada masa depan.
"Kita hidup dalam dunia yang lebih kompleks sekarang, apabila perubahan berlaku dengan lebih cepat dan, pada masa sama, bising. Sebahagiannya akan berjaya dan ramai akan gagal dan kita tidak tahu yang mana satu lagi," katanya.
Di Maybank, Abdul Farid berkata bank itu bertuah berikutan yang terdahulu telah meletakkan asas yang kukuh dalam mengguna pakai teknologi baharu, lebih 20 tahun lepas dipacu oleh matlamat untuk menjadikan perbankan boleh diakses oleh semua dengan inisiatif pengkomputeran, perbankan telefon dan aplikasi maybank2u mereka.
Beliau juga berkata gangguan teknologi dalam industri perbankan telah mendorong Maybank untuk memacu kecekapan profesional, keterpusatan pada pelanggan dan pemerolehan pelanggan.
"Sebagai sebuah bank, tugasan kami ialah menggunakan kemajuan teknologi dalam mengoptimumkan operasi kami serta meningkatkan dan memperluas capaian kami.
"Saya percaya kita semua perlu memainkan peranan dalam membantu ekonomi dan masyarakat untuk maju. Teknologi dapat membantu kita semua melakukan kerja dengan lebih baik dalam mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan serta melindungi alam sekitar dan masyarakat.
"Teknologi membolehkan kita melakukan apa yang kita fikir tidak boleh melakukannya sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
ABDUL FARID: Industri perbankan masih mencatatkan margin faedah yang terhad walaupun ia mungkin berubah tidak lama lagi apabila kadar inflasi meningkat. - Foto fail/BERNAMA
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
PADU akan bantu kurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini - Maybank IB
Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan dengan DuitNow Overseas Transfer
DuitNow Overseas Transfer membolehkan pelanggan Maybank kirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.