BISNES
Tribal Bar and Cafe raih kepercayaan pelanggan melalui Astro Bizone
Menurut Premnathan, sokongan Astro menjadi faktor penting dalam mengukuhkan jenama kafe miliknya serta memberikan kelebihan berbanding pesaing lain di kawasan tersebut. - Foto Astro AWANI.
KLANG: Tribal Bar and Cafe di Klang, Selangor semakin mendapat perhatian pelanggan selepas menyertai kempen Astro Bizone Rewards, sekali gus memberi pulangan positif kepada perniagaan mereka.
Pengurusnya, Premnathan, berkata pelanggan kini lebih yakin berkunjung ke kafe itu kerana mereka boleh menonton siaran langsung perlawanan bola sepak dengan selesa.
“Pelanggan teruja terutama kerana mereka percaya kita melanggan Astro dengan cara yang betul, mereka dapat menonton semua siaran langsung berhampiran tanpa perlu pergi jauh.
“Mereka boleh singgah ke kafe kita untuk menonton bola sepak secara langsung, jadi dari segi kepercayaan pelanggan terhadap kafe kita semakin meningkat,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Astro yang membantu mempromosikan restoran tersebut melalui pemasangan papan iklan, sekali gus mengiktiraf Tribal Bar and Cafe sebagai pelanggan rasmi Astro.
Menurut Premnathan, sokongan itu menjadi faktor penting dalam mengukuhkan jenama kafe miliknya serta memberikan kelebihan berbanding pesaing lain di kawasan tersebut.
“Ini sebagai penghargaan untuk kafe kita, ia mendorong kita untuk mengembangkan bisnes kita, ini adalah satu dorongan untuk kita terus maju mencapai kejayaan seterusnya, dan ia juga memberi keyakinan tambahan kepada pelanggan yang sedia ada,” jelasnya.
Beliau berkata, peluang ditemu bual oleh Astro turut menjadi pengalaman berharga kerana ia membantu memperkenalkan kafe kepada lebih ramai orang.
“Apabila Astro menemu bual saya, saya berasa teruja dan gembira dapat berkongsi pengalaman ini dengan rakan kongsi serta teman-teman yang lain,” tambahnya.
Selain itu, beliau menggesa pengusaha makanan dan minuman (F&B) lain untuk turut sama melanggan Astro Bizone bagi meningkatkan daya tarikan perniagaan mereka.
“Untuk F&B lain, saya nasihatkan supaya melanggan Astro melalui saluran yang betul dan sertai Bizone Rewards, dengan cara ini anda juga boleh mendapat peluang promosi untuk kafe anda di media sosial,” katanya.
Kempen Astro Bizone Rewards menawarkan pelbagai promosi eksklusif khas kepada pelanggan F&B yang melanggan pakej Astro Bizone.
Penyertaan dibuka sehingga 17 Oktober dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi biz.astro.com.my